Chapter 4 : Ex kepada Ex

1.6K 113 2
                                    

            "Hoi perempuan! kau berhenti dekat situ  sekarang jugak!"jerkah Amanda dari belakang dalam berkeadaan rambut basah dan baju kotor dengan cecair sos. Naik turun dada dia sewaktu jalan menghampiri orang yang berdiri di depan mesin air hujung koridor tu.

Mulanya dia tak nak toleh, tapi disebabkan malas nak buat kecoh, dia pandang bosan perempuan comot dengan kesan mascara yang cair dekat pipi dan lipstik merah terpalit keluar dari bibir tu. Lantas tangan dia disilang ke dada dengan malas.

Mula dah drama queen sorang ni!

Sambil jalan dengan langkah yang marah Amanda menunding jari ke Irene.

              "Apa masalah kau hah!"bentak Amanda yang  mencekau kolar baju Irene sebaik berdiri depan Irene.

Kening Irene berkerut tak faham.

              "Kau tu yang dah kenapa?Tiba-tiba jer nak marah-marah."balas Irene dengan muka bersahaja.

Berkerut tajam kening Amanda masa dia ketap gigi kebengangan

              "Kau tanya kenapa?Tengok apa yang kau dah buat dekat aku! Kau kan yang letak bom air tu dalam lokar aku...siapa lagi dekat kolej ni yang suka cari masalah kalau bukan kau!"marah Amanda yang mengoncang kuat badan Irene.

             Irene menolak tangan Amanda dari kolar baju dia dengan muka kerimasan. Bergegar otak dia dibuat goncangan tu. "Eh!Apa pegang-pegang ni hah!"Ditepis-tepis kolarnya seperti membuang kotoran.

Irene Bae berumur 21 tahun, pelajar dari Jurusan Seni Reka, pelajar tahun terakhir aka Miss TroubleMaker Kolej Star High itu pandang tak berminat ke Amanda. Lalu menarik sengih mengejek.

            "Dasar perempuan gila!"detus Amanda dengan geram. Menjegil bulat mata comot dengan maskara dia.

             "Pct!"decitnya. "Siapa suruh mulakan dulu?"tanya Irene dengan renungan benci.

Mulut Amanda terbuka sedikit kerana tergamam. Dia mengepal penumbuk.

              "Apa yang aku dah buat dekat kau! Dasar perempuan tak guna"rengek Amanda. "....kau tahu tak aku baru jer dapat baju ni...kau kotorkannya pula. Aku nak kau ganti balik baju aku."arah Amanda sambil menghentak kaki dengan kasut tumit tiga inci yang dipakai ke lantai.

Irene buat muka, dia menyilang tangan ke dada. Menjuling mata menyampah. Ni lagi seorang bratty terlebih spoilt sampai basi dibuatnya!

Dasar anak orang kaya gedik!

              "Kisah pulak aku, habis apa yang kau buat tu tak fikir?Ini baru sikit dengan apa yang kau dah buat dekat aku....lain kali pandang sikit dengan siapa kau cari pasal!"

Irene mengenangkan kejadian malam sewaktu dia menghadiri parti di rumah Amanda, wanita itu telah mengenakan dia. Memalukan dia dengan meletakkan krim di seluruh muka sewaktu dia tidak sedarkan diri setelah diberi minuman yang dicampur dengan ubat khayal.

Semua itu dirakam lalu disebarkan dalam forum rasmi kolej mereka. Habis semua orang nampak, malah ibubapanya turut berang. Dan disebabkan hal itu dia dikurung selama sebulan dalam rumah. Tidak boleh keluar selain ke kolej.

Waktu tu jugak Amanda mengangkat kening tinggi bila dia terpandang seseorang dari belakang Irene.

              "Sayang...."panggil Amanda tiba-tiba dengan rengekkan manja. Dia jalan melepasi Irene lalu mendapatkan lelaki lampai yang sedang jalan menghampiri mereka itu.

Irene terus toleh ke belakang bila dia dengar, dia mengerling ke lelaki yang berdiri menghadap Amanda dengan renungan dingin tak ada perasaan.

               "Apa yang dah berlaku?"tanya Ethan, teman lelaki kepada Amanda a.k.a bekas teman lelaki Irene.

               "Tengok apa yang perempuan tak guna tu dah buat dekat saya..."rengek Amanda dengan mengada-ngada masa goyangkan lengan Ethan dan menunding jari ke Irene.

Rasa nak muntah hijau di situ, Irene menjuling mata menyampah dengan sikap gedik Amanda.

               Ethan palingkan kepala ke arah Irene. Berkerut kening dia saat bersuara. "Apa masalah kau ni tak habis-habis lagi dengan perangai menyakitkan hati tu ke?"

Amanda yang dengar terus tersenyum puas, dia pandang Irene dengan renungan jahat dia.

Sementara Irene hanya mendiamkan diri, dia mengepal penumbuk sambil pandang tak puas hati ke Ethan. Sakit hati melihat lelaki tu bela Amanda tanpa bertanya apa-apa terlebih dahulu darinya.

              "Sebab ni lah aku tak tahan dengan kau!Dari dulu sampai sekarang tak berhenti nak timbulkan masalah."sungut Ethan sambil menanggalkan jaketnya lalu diletakkan pada atas bahu Amanda.

Mereka berdua kemudiannya berlalu dari situ.

Irene pandang langkah dua orang itu dengan dada berdegup sakit. Bibir bawahnya digigit menahan sabar sebelum dia turut berpaling ke arah bertentangan.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now