97.

1.1K 77 1
                                    

Tiga bulan kemudian....

Laman kolej dihiasi dengan renda warna warni, pentas utama untuk majlis konvokesyen direka dengan gah menghadap puluhanan kerusi yang diduduki oleh para pelajar tahun terakhir dan juga ibubapa yang hadir untuk majlis itu. Selesai sahaja ucapan ketua pelajar serta dekan. Majlis peranugerahan dimulai. Bermula dari pelajar fakulti sain perubatan dan berakhir dengan fakulti seni dan Artistik.

"Untuk pelajar terakhir kita mempersilakan satu-satunya pelajar yang berjaya mendapat tempat pertama dengan gred purata dari semester 1 sehinggalah semester terakhir dengan markah penuh 4 flat. Irene Bae..dipersilakan..."ucap Linda dengan senyuman di bibir.

Waktu itu gadis bersanggul dan cantik naik ke pentas dan mendekati dekan lalu tunduk hormat kepada wanita itu. Sebelum mengambil skrol tersebut.

"Ya..terima kasih...terima kasih untuk semuanya yang menyokong saya. Yang selalu memberi saya semangat untuk mendapat anugerah terbaik ini..."ucap Irene sambil berpura menangis. "Saya sangat tersentuh terima kasih semua..untuk undiannya...?"gurau Irene yang membuatkan kesemua yang ada disitu meledak ketawa.

Linda menggeleng kepala melihat keletah Irene.
Namun begitu senyuman di bibir gadis itu perlahan-lahan pudar.

"Okay...cukup."arah Irene yang membuatkan suasana kembali tenang dan senyap. "Terima kasih untuk semuanya. Kepada ibubapa saya, rakan-rakan, para pensyarah kerana berada di samping saya sepanjang perjalanan saya disini...selain itu,"saya ucapkan terima kasih kepada Madam Fiona. Sebab dia saya ada dekat sini. Dan sebab dia yang berikan kata-kata semangat untuk saya sewaktu saya nakal dan jahat sejak masuk ke kolej ni. Sebab dia saya jadi seperti saya hari ni. Walaupun dia tak ada di sini lagi saya tetap rasakan dia sentiasa ada di sini..."ucap Irene sambil melirik ke arah semua penonton di depannya.

Lalu matanya jatuh ke arah Ethan. Lelaki itu menarik senyuman sedih ke arah Irene.

Linda yang dengar tunduk memandang ke bawah.

"Saya tahu sepanjang saya ada di sini, banyak masalah yang saya timbulkan dan susahkan anda semua. Termasuklah mereka yang terdekat dengan saya oleh itu saya hendak gunakan peluang ni untuk memohon maaf untuk salah silap saya sepanjang hayat di sini." senyum Irene.

Gadis itu memberi tundukan hormat 90 darjah kepada mereka dan waktu itu tepukan gemuruh kedengaran.

Ethan menundukkan kepala ke bawah untuk melindungi wajahnya taktala melihat Irene.

Setelah selesai upacara penyampaian anugerah, para graduan serta ibubapa mula mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Bersama rakan serta pensyarah yang ada di situ. Senyuman terukir lebar di wajah masing. Saling ketawa saat berbicara tentang itu dan ini.

Irene yang berdiri sendirian di bawah pokok itu memandang semua orang di situ dengan senyuman di bibir. Seronoknya jadi mereka. Kalau la dia boleh begitu juga.

"Oi...menungkan apa tu..."tegur Daniel dari jauh.

Irene tersentak, terus dia palingkan kepala ke kiri dimana Samuel dan Daniel tersenyum mendekatinya.

"Dah habis bergambar ke?"tanya Irene sambil menyilang tangan ke dada.

"Dah...tinggal kau je belum. Jom..mari kita ambil gambar bertiga..."ajak Daniel sambil tunduk memandang skrin untuk set up kamera fonnya. Sambil tu, dia memeluk bahu Irene dari kanan manakala Samuel memeluk bahu Irene dari kiri.

Irene buat muka kehairanan dengan keadaan itu."Tak rapat sangat ke ni?"tanya Irene dengan kening berkerut.

"Tak...okay je...ni..sedia..."Daniel memberi isyarat kepada Samuel sewaktu Irene
memandang skrin telefon yang dipegangnya. "1...2..3.."hitung Daniel.

KLIK!

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang