Irene memandang Ethan yang sedang tunduk memandang Amanda, tidak percaya dengan kata-kata yang didengarnya.
Ethan melepaskan keluhan mengalah.
"Sudahlah, Amanda, jom..." ajak Ethan dengan perlahan.
"Tak nak..." rajuk Amanda sambil menyeka air mata yang jatuh menitis di pipi dengan lengan.
Ethan mengeluh berat, mata terpejam. Dia tidak mahu berdiri di situ lama-lama, enggan memandang Irene.
"Maafkan aku... okay. Janganlah sedih macam ni... jom..." ajak lelaki itu dengan lembut.
Amanda mendongak, memandang wajah lelaki yang amat dicintainya itu dengan mata dibasahi air mata.
"Maaf sebab tinggikan suara dekat kau... aku tak sengaja... jomlah..." Ethan memegang belakang badan Amanda.
Amanda mengalah, dia memeluk lengan Ethan lalu mengangguk kepala.
Irene melirik ke arah dua orang itu yang berlalu pergi begitu sahaja, meninggalkan dia dengan kekok seorang diri di situ sambil diperhatikan oleh orang di sekitar.
"Asal...? Tak pernah nampak couple bergaduh ke... blah lah apalagi..." halau Irene kepada mereka yang ada di situ.
Perlahan-lahan, kelompok pelajar di situ beredar, meninggalkan Irene yang blushing sendiri akibat kejadian tadi.
Tidak lama selepas itu, nama Irene kedengaran.
"Irene!!" panggil seseorang dari kiri.
Rambut panjang paras dada yang tidak terikat itu terselak ke belakang dengan anggun saat dia berpaling pantas. Gadis itu memandang dua lelaki tinggi yang sedang menghampirinya dengan kening terangkat.
"Hah... datang pun. Tahu tak gara-gara tunggu kau orang dekat sini... terpaksa aku berdrama." keluh Irene.
Samuel menyerahkan helaian kertas kepada Irene sejurus dia berdiri di depan gadis itu.
"Ini yang kau minta..." suaranya kepada Irene.
Irene mencapai kertas itu lalu menelitinya dengan tekun.
Daniel memandang Irene yang sedang tunduk meneliti kertas tersebut.
"Wajah dia tak ada dalam database... papa aku dah tolong tengokkan. Tapi tak ada yang sama. Yang peliknya, semua maklumat dia dalam profil tu palsu..." jelas Daniel.
Samuel mengangguk setuju.
"Nombor keselamatan, alamat rumah... semuanya tak ada dalam rekod. Pendek cerita, lelaki nama Timmy tak pernah wujud pun..." sambung Samuel.
Kening Irene berkerut. Gadis itu mengangkat kepala.
"Kenapa macam tu pula?"
"Kita orang dah cuba selidik dalam-dalam, tapi tak ada sebarang petunjuk yang menunjukkan keberadaan si Timmy ni di mana," jawab Samuel.
"Aku rasa Timmy ni hantu..." duga Daniel sambil memegang dagu.
Irene membuat muka lepas mendengar. Dua orang ini kan tak pernah nak serius. Geram je.
"Dah kenapa pulak dia tu hantu... merepek je lah kau ni," balas Irene dengan kening berkerut.
"Kau nak buat apa sekarang?" tanya Samuel.
Irene menjungkit bahu, tak tahu.
"Entah... kalau dah macam ni keputusannya, tak boleh nak buat apalah..." Irene menyerahkan semula kertas itu kepada Daniel.
"Perjanjian kita macam mana?" tanya Daniel sewaktu mencapai kertas tersebut.
Irene memandang Daniel dengan muka orang tidak tahu apa-apa.
"Perjanjian apa?" tanya Irene kebingungan.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Novela JuvenilNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...