Derap langkah orang sedang marah bergema sepanjang koridor yang lengang diselangi dengan tapak kaki orang sedang berlari merentasi koridor tersebut.
"Irene!Cuba lah dengar dulu.."panggil orang di belakangnya.
Panggilan itu tidak dihiraukan. Kepalanya sudahlah sedang pening ditambah pening lagi dengan seorang lagi. Memang tak lah dia nak layan!
Rex mengejar langkah Irene lalu menghadang depan laluan gadis itu.
"Janganlah macam ni Irene, semua tu dalam perancangan dulu..."
Irene memberi jelingan tajam tidak puas hati.
"Habis tu kalau saya tak terima pertunangan ni awak akan suruh ayah awak pecat mama saya macam tu?"Irene menolak Rex ke tepi.
Dia menyambung langkahnya menuju ke pintu keluar. Sementara Rex di sisi tidak putus-putus memberi penjelasan kepadanya.
"Aku tak cakap macam tu tapi sekurang-kurangnya kau dengarlah dulu..."
"Sudahlah saya tak nak dengar apa-apa dari awak!"Irene menuruni tangga dan serentak itu sebuah kereta berhenti tepat di depannya.
Irene dan Rex berhenti berjalan, kedua-dua orang itu berdiri di tepi kereta tersebut. Irene yang sedia tahu dirinya akan dijemput terus mencapai pemegang pintu itu.
Pintu kereta itu dibuka oleh Irene, sebelum muncul tangan menolak tutup pintu tersebut semula. Irene memandang Rex yang menghadang pintu itu.
"Nak apa lagi...ketepikan tangan awak sekarang!"arah Irene dengan jengkel.
"Kalau kau terima pertunangan ni, mama kau akan dinaikan pangkat sebagai ketua jabatan Irene, tak ada yang ruginya pun...papa aku pun setuju."Irene menolak tangan Rex jauh dari pintu itu.
Dengan kasar Irene membuka pintu itu lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta. Pintu itu di tutup dengan wajah bercemberut kerimasan.
"Irene...tolonglah dengar!"Rex memukul cermin kereta itu. Cuba hendak bercakap dengan Irene.
Irene memandang ke depan dengan nafas naik turun hilang sabar. Setelah menunggu dan kereta itu tidak bergerak Irene menyentap.
"Jalanlah!kau tunggu apa lagi..."marah Irene kepada Samuel di sisi.
Samuel memandang Rex di luar keretanya sebelum memandu keluar keretanya keluar dari laman kolej.
Samuel memusingkan stereng kereta dengan sebelah tangan, sebelah lagi tangan berada di gear.
Banyak benda dia nak tanya, tapi disebabkan Irene sedang panas hati, dia ambil keputusan untuk mendiamkan diri.
"Kita nak ke mana ni?"tanya Irene dengan nada mendatar selepas mendiamkan diri buat seketika.
"Mama aku jemput kau makan malam dengan kita orang.."jawab Samuel.
Irene hanya mendiamkan diri saat bibir muncung kedepan.
Samuel menoleh, dia melihat kening Irene yang berkerut itu dengan perasaan tanda tanya. Lalu dia melalukan jarinya pada kerutan di kening Irene.
"Jangan banyak sangat berkerut....cepat berkedut nanti..."ujar Samuel sambil melurutkan kerutan di kening Irene.
Irene melepaskan keluhan letih sambil menyandar pada kerusi.
"Daniel mana?"tanya Irene sejurus itu. "Dia tak ikut sekali ke?"
"Dia ada hal..kau sendiri tahulah..dia sibuk dengan pertandingan piano. Jadi dia balik awal untuk latihan..."jawab Samuel, kereta yang dipandu itu berhenti apabila lampu isyarat menjadi merah. "Asal dengan Rex?"tanya Samuel saat bongkok ke tepi untuk memasangkan seatbelt buat Irene yang tidak sempat dipakai sewaktu masuk kereta dalam keadaan marah tadi.
Irene bercemberut masam mencuka.
"Entah...makin gila aku tengok. Jangan sebut nama orang tu depan aku! Sakit hati aku.."jawab Irene tidak puas hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Fiksi RemajaNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...
