40. Pesan Dan Janji

1.1K 96 2
                                    

"Jumpa lagi..." pamit Olivia sebelum masuk ke dalam kereta, diikuti suaminya di sisi.

"Ya! Bye-bye..." lambai Adriana di depan pintu.

Sebaik sahaja kereta itu bergerak, Olivia bersandar puas pada kerusi, memandang ke depan sambil tersenyum lebar.

"Cantikkan anak perempuan Rian, kan awak..." tegur Olivia sambil memalingkan kepala ke sisinya, di mana Abraham sedang duduk.

"Urm... biasalah tu, tengok genetiklah..." balas Abraham acuh tak acuh tanpa memandang Olivia.

"Kalau kita jadikan dia menantu, pasti cucu kita semuanya akan ikut seperti dia jugakan..." angan Adriana yang kembali memandang ke depan.

"Baru pertama kali jumpa dah terus terfikirkan cucu?" Abraham menoleh memandang Olivia dengan kening terangkat.

Olivia tersenyum lebar.

"Apa salahnya? Keluarga Irene tu pun boleh tahan latar belakangnya... ibunya doktor, ayahnya businessman berjaya," ujar Olivia.

Abraham melirik ke arah Rex yang mendiamkan diri di tempat duduk sebelah. Melihat wajah serius anak lelakinya itu sejak datang hingga sekarang, anak lelakinya hanya diam membisu.

"Papa dah buat seperti yang kamu minta, selainnya bergantung pada kamu. Dan pastikan kamu tepati janji kamu pada papa," ujar Abraham dengan nada tidak suka.

Punca dia mahu makan malam bersama keluarga Adriana adalah kerana permintaan Rex sendiri. Beria anak lelakinya merayu padanya supaya makan malam bersama keluarga Adriana.

"Apa awak ni, cakaplah elok-elok," tegur Olivia.

Abraham menarik senyum dingin.

"Mana taknya, tengoklah perangai dia tu; bila nak berubah pun tak tahu... Mujurlah dia bagi cadangan, kalau tidak sampai ke sudah saya tak mengaku dia anak lelaki saya," Abraham melepaskan dengusan jengkel. Dia teringat akan perbualannya dengan Rex tempoh hari.

Perbualan tentang cadangan, kalau Abraham setuju untuk rapatkan keluarga mereka dengan keluarga Irene, Rex janji akan berubah dan jadi anak yang baik. Abraham setuju kerana permintaan itu tidaklah sesukar mana pun.

Olivia memeluk lengan Abraham, memujuk suaminya agar tidak terus marah pada Rex.

Ketika ayahnya sedang membebel di belakang, Rex menopang dagu dengan tangan kirinya yang diletakkan pada cermin pintu. Pandangannya terarah pada luar.

"Kalau Rex berubah, papa akan buat apa yang Rex minta?" tanya Rex perlahan.

"Ya... kalau gred kamu naik untuk peperiksaan pertengahan semester ini dan kamu tamat belajar... papa akan buat apa yang kamu minta," setuju Abraham dengan nada mendatar.

"Kalau macam tu, Rex nakkan papa tunangkan Rex dengan Irene..." minta Rex dengan nada mendatar dan serius.

"Okay... kalau macam tu. Pastikan gred kamu naik, semua subjek lulus, dan tiada laporan masalah disiplin dari Majlis Pelajar sepanjang masa kamu di kolej itu," setuju Abraham dengan syaratnya.

Rex mendiamkan diri, dia memandang langit malam yang berbintang penuh di luar cermin kereta.

Olivia memandang Abraham, tidak pasti sampai bilakah perang dingin antara dua beranak ini akan berakhir.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now