Pejabat Pensyarah...
Dari depan pintu sehinggalah tiba di depan meja, dua orang itu tidak berhenti saling tolak-menolak dan tunding-menunding siapa yang perlu bercakap sejak tadi.
"Kau lah."
"Asal aku? Kau pun..."
"Kau anak dekan..."
"Kau lah... Tak nak aku..."
Linda mengangkat kepala, memandang pelik ke arah dua orang pelajar lelaki yang berdiri di depan mejanya.
"Kamu berdua ni kenapa?" tanya Linda, yang menyentak dua orang itu.
Samuel memandang Linda dengan mata terbuka, sementara Daniel di sisi menikus dan mendiamkan diri.
Dengan susah payah, Samuel menelan air liur.
"Puan... Kami datang ni sebab..." Samuel memandang Daniel. Mengangkat kening ke arah rakannya, seakan bertanya 'nak cakap apa ni'. Namun, Daniel hanya menjungkit bahu. Dia kemudiannya kembali memandang Linda. "Pasal tesis..." sambungnya teragak-agak...
"Oh? Kenapa dengan tesis? Bukan tempoh penghantarannya tamat semalam ke?" soal Linda.
"Ya... Tentang hal tu..." sebut Samuel, yang tidak habis apabila Linda memintas kata-katanya.
"Kamu berdua dah hantarkan tugasan berkumpulan tu..." ujar Linda sambil melihat skrin laptopnya.
Daniel dan Samuel buat muka 'what the hell' selepas mendengar makluman itu.
Melihat senarai pelajar yang telah menghantar tugasan tersebut, "Antara 44 orang pelajar, terdapat enam orang lagi yang tidak menghantar tesis tersebut tepat pada masanya."
Kening Daniel terangkat tinggi. "Huh? Dah hantar?"
Linda mengangguk kepala, dia memandang Samuel dan Daniel.
"Kamu sekumpulan dengan Irene kan... Saya baru sahaja selesai menanda tesis kumpulan kamu... Tahniah... Markah kamu bertiga paling tinggi dibandingkan kumpulan lain..."
Samuel terkedu, lelaki itu memandang terkejut ke arah Linda.
"Irene tak beritahu kamu ke yang tesis ni telah dihantar?" tanya Linda dengan senyuman di bibir.
Seperti orang baru ditampar, Daniel menggeleng kepala perlahan-lahan.
"Tak... Dia cakap dia hantar atas nama dia sendiri," jawab Daniel.
Linda menggeleng kepala.
"Dia sengaja kenakan kamu lah tu..." senyum Linda.
Samuel dan Daniel saling berpandangan antara satu sama lain. Rasa seperti sudah tertipu. Berani Irene mempermainkan mereka, sehingga membuatkan mereka melutut seperti tiada maruah di depan gadis itu.
"Irene..." deram mereka berdua serentak, menahan diri dari menjerit kerana kebengangan.
ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Ficção AdolescenteNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...
