33. Naik Angin

1.1K 97 0
                                    

Suara gelak tawa menghuni koridor sewaktu orang yang memakai skinny jean hitam, kasut high cut putih dan crop top hijau zamrud yang mendedahkan bahu dan perut itu berlari keluar ke laman. Melarikan diri dari orang yang sedang mengejarnya dari belakang.

Pelajar lain yang ada di sekitar laman hanya memandang sekilas. Sudah biasa melihat orang itu dalam masalah. Jadi tidak perlu susah payah hendak bantu orang itu.

"Irene berhenti!"arah suara lantang yang cuba mendapatkan gadis itu.

Irene menoleh sekejap kebelakang saat di berlari ke arah kolam air pancur.

"What...kau tak berhak marah aku kot..."gelak Irene. Dia berdiri di hujung kolam air pancut sementara dua orang rakannya itu berdiri di sebelah hujung yang lain.

Kecut perut Irene dibuatnya dua lelaki depannya ini berkelakuan seperti haiwan buas hendak menelan dia hidup-hidup.

"Kau tunggu situ berani kau main-mainkan kita orang ya...buat kita orang melutut merayu...malukan kita orang!"marah Samuel sambil menunding jari dengan tangan kanan sementara tangan kiri mencekak pinggang

Daniel yang sejak tadi diam tekun merangka idea bersuara.

"Wei kau kejar sana, aku kejar sini.."arah Daniel.

Samuel menurut, dia terus mengelilingi kolam air pancur dari arah bertentangan, mengejar Irene agar berlari ke arah Daniel. Apabila Irene terperangkap, gadis itu mencengkam rambut Daniel, mengelakkan dirinya dari di tangkap.

"Arghhh!"raung Daniel kesakitan.

"Kau patut terima kasih dekat aku tahu tak!"gelut Irene yang cuba menyepak kaki panjang milik Daniel namun gagal kerana dihalang oleh Samuel yang sudah memeluk badannya dari belakang.

"Terima kasih?sampai bila-bila aku takkan terima kasih dekat perempuan menyakitkan hati macam kau ni..."ujar Samuel yang mencempung badan Irene lalu diletakkan atas bahu dengam mudah.

"Lepaskan aku!!lepaskan aku lelaki gila!!!" belakang badan Samuel di pukul-pukul Irene sewaktu gadis itu di bawa ke arah kolam air pancut itu.

"Kau nak aku lepaskan kau?"tanya Samuel.

Dengan tercungap-cungap Daniel membetulkan rambutnya, mengekori langkah Samuel yang cuba hendak mencampak Irene ke dalam kolam itu.

Mata Irene terbutang luas, dia menggeleng kepala.

"Tak...tak!Jangan lepaskan aku..."Irene memeluk pingang Samuel sewaktu dia dalam keadaan terbalik. Menyembam muka ke belakang badan Samuel.

"Minta maaf sekarang!"arah Samuel sambil menghala kepala Irene ke arah kolam renang sementara gadis itu di pegang. Siap sedia hendak melepaskannya.

"Tak nak! Aku tak salah! Kau orang berdua yang salah sebab buat aku siapkan kerja tu sendiri..."protes Irene.

"Fine..aku campak ni..."ugut Samuel.

"Janganlah....argh!!!!"jerit Irene apabila kepalanya hampir dengan kolam itu.

Daniel berdiri di sebelah Samuel, memandang kepala Irene yang terbalik memandang ke bawah apabila tubuh kecil itu didukung seperti sekarung guni. Kemerahan wajah itu dibuatnya.

"Kau nak buat lagi ke?"tanya Daniel.

Irene memalingkan kepala, dia memandang Daniel lalu menjelir lidah.

"Wek...kau ingat aku siapa.."ejek gadis itu.

Samuel cuba menolak Irene dekat dengan air, namun disebabkan gadis itu erat memeluk badannya. Membuatkan dia sukar hendak dimasukkan ke dalam kolam tersebut.

"Apa kau cakap?"tanya Samuel yang nekad kalau dia tak boleh campak Irene ke dalam biar dengan dia-dia sekali masuk. Kakinya sudah berada di atas bibir batu kolam tersebut.

"Fine....aku minta maaf...aku minta maaf!!!"ucap Irene tergesa-gesa sambil mengeratkan pelukannya disekeliling pingang Samuel.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now