36. Dining Plan

1.2K 97 0
                                        

"Irene... sayang!" panggil Adriana dari dapur yang sedang memotong sayur di atas papan pemotong.

Tidak lama selepas itu, gadis yang mengikat dua rambut di kiri dan kanan menjengah kepalanya ke dapur.

"Yes?"

"Tolong mama, sayang..." minta Adriana.

Irene bergerak ke arah meja makan. Dia berdiri di situ sambil memandang mamanya yang sibuk menyediakan makan malam.

"Ambilkan wain dekat garaj sana. Tahun 1896..." minta Adriana.

Kening Irene terangkat.

"Ada tetamu nak datang ke?" tanya Irene sambil mencapai potongan lobak dari pinggan.

"Ha'ah... Pengarah hospital dengan isteri dia," jawab Adriana yang masih memotong.

"Buat apa?" soal Irene lagi sambil mengunyah.

"Saja... isteri dia tu kebetulan kawan baik mama masa satu universiti dulu..."

Irene mengangguk kepala tanda faham.

"Okay...." Irene berlalu ke pintu belakang, menyarung selipar luar lalu bergerak ke arah garaj yang berada beberapa meter dari kawasan kolam renang. Pintu garaj itu dibuka, mendedahkan garaj yang mempunyai dua tingkat dengan dua buah kereta di dalamnya. Sementara di tingkat atas terletaknya wain yang disimpan oleh keluarganya sejak bertahun lamanya.

Irene mendaki tangga kayu itu lalu mendekati rak yang melekat pada dinding, di mana puluhan koleksi wain dari tahun yang berbeza-beza diletakkan. Wain-wain itu dibeli mahupun dihadiahkan, datang dari pelbagai negeri dan tempat. Dia membelek satu persatu botol kaca tersebut sebelum terjumpa botol yang diminta mamanya.

Tidak lama selepas itu, Irene kembali ke dapur. Dia meletakkan wain yang diminta mamanya di atas meja sebelum naik ke tingkat atas. Dia melintasi bilik yang pintunya sentiasa terbuka luas, melihat orang itu sedang bersenam.

"Woi!" sergah Irene sengaja.

Xenon yang sedang melakukan sit-up tidak tersentak, hanya tekun mengira pergerakan yang dilakukan.

"Tak reti nak ketuk ke?" tanya lelaki itu.

Irene berjalan masuk ke dalam bilik dan duduk di katil, bersila memandang Xenon yang sedang berbaring di atas karpet yoga.

Dia diam memerhati lelaki itu dengan rasa tertarik, melihat peluh yang merintik di lengan dan badan yang tidak berbaju itu.

Xenon mengangkat kepala sewaktu dia sedang melakukan push-up, memandang Irene yang sedang memerhatikannya.

"Ada apa?" tanya lelaki itu dengan nafas yang naik turun.

Irene menjungkit bahu; dia sendiri pun tak tahu kenapa dia ke situ. Mungkin sudah jadi kebiasaan agaknya untuk mengganggu ketenteraman Xenon.

"Saja... cuci mata..." jawab Irene selamba.

Xenon menahan diri dari tersenyum.

"Asal tak pernah nampak lelaki kacak bersenam ke?" seloroh lelaki itu.

Irene ketawa kecil, memberi renungan 'jangan nak perasan' pada Xenon.

"Menyampah betul... apa awak ingat awak tu kacak sangat ke?"

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang