Chapter 15 : Janji dan Tekad

1.2K 96 0
                                    

Rak buku, katil, bilik air, meja belajar, serta segala perabot di dalam ruangan itu tersusun rapi, tiada satu pun habuk yang hinggap di mana-mana permukaan. Di dinding sebelah sliding door, beberapa bingkai gambar tergantung.

Salah satu gambar menunjukkan seorang lelaki segak tersenyum sambil memeluk wanita di sebelahnya, dan memegang piala. Kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan girang mengangkat tali pinggang hitam di sisi wanita yang tersenyum, dengan piala tergantung di lehernya.

Warna bilik itu bertemakan tona-tona biru, tidak pekat dan tidak cair, hanya sejuk mata memandang, lapang dan kemas. Ketika itu, pintu bilik terbuka, suara orang marah kedengaran.

"Buat apa?" tanya suara itu dengan nada jengkel.

"Sebab papa ada urusan kerja yang perlu diuruskan."

Xenon berjalan mendekati katil sebelum duduk di atasnya. Keningnya mencerun saat memandang papanya.

"Letihlah papa... cukup-cukuplah dengan apa yang kita dah ada ni. Papa nak apa lagi?" keluh Xenon.

"Sikit sahaja lagi. Lepas papa dapatkan balik apa yang milik mama kamu, lepas tu papa akan berhenti," ujar Kaiser.

Xenon memejam mata seketika, lalu membukanya dengan keluhan berat dilepaskan.

"Apa pula rancangan papa kali ini? Papa nak Xenon buat apa?"

"Tak ada apa-apa. Cuma papa nak kamu duduk dengan kawan papa sepanjang tempoh papa tiada di sini."

"Dengan siapa pula?"

"Kawan baik papa... mereka orangnya baik. Jangan risau, identiti kamu akan dirahsiakan, jadi tiada sesiapa akan tahu siapa kamu mahupun cuba mencederakan kamu."

Xenon memandang Kaiser dengan kening berkerut.

"Papa nak ke mana?"

"Jepun dan Itali. Lepas tu kita akan hidup tenang."

"Papa takkan cuba balas dendam pada sesiapa lagi lepas tu?" tanya Xenon mencari kepastian.

"Ya, papa janji lepas tu kamu boleh jalani hidup kamu seperti biasa."

Hela nafas panjang dilepaskan, lalu Xenon perlahan-lahan mengangguk kepala.

"Fine..." akur Xenon.

"Sekejap sahaja, tak lama pun," sambung Kaiser.

Xenon memalingkan kepala ke arah bingkai gambar di mana mendiang mamanya sedang tersenyum memeluknya. Wajah yang telah lama dirindui sejak berbelas tahun yang lalu.

"Papa akan ambil semula apa yang sepatutnya menjadi hak kita dan ajar orang yang telah membuat hidup kita terseksa," ucap Kaiser sambil memandang ke arah yang sama.

Dia mengenang kenangan sewaktu isterinya meninggal dunia kerana tertekan selepas dibeloti oleh rakan kongsi perniagaannya sendiri akibat sikap tamak.

Segala harta dan kekayaan hilang sekelip mata kerana tertipu dengan skim yang dinyatakan oleh mereka.

Isterinya tidak dapat menerima segala yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri dirampas oleh rakan baiknya. Dan untuk itu, dia akan mencari mereka yang bertanggungjawab atas semua itu dan mengambil semula haknya.

Sementara Xenon hanya melepaskan helaian nafas yang panjang. Dia serius tidak tahu berapa lama dia perlu menjalani hidup seperti ini.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now