Dua lelaki yang melutut di depannya dipandang dengan tidak berminat. Dia memandang bosan ke kanan dengan tangan bersilang di dada.
"Bangunlah... kau melutut sekalipun, bukannya aku dapat buat apa-apa. Benda aku dah hantar," kata Irene tanpa perasaan.
Daniel mendongak memandang Irene dengan kening berkerut seperti mahu menangis.
"Tolonglah terima kami... kami tak tahu nak buat macam mana lagi ni. Minggu depan tarikh akhir... kami tak mula apa-apa lagi..." rayu Daniel dengan wajah seakan anjing.
Mata Irene tunduk ke bawah, memandang dengan tidak berminat akan rayuan itu. Macamlah dia terpengaruh sangat dengan pujuk rayu.
"Maafkan kami, Irene... aku tahu aku salah. Kau buatlah apa saja pada aku sampai kau puas, tapi terima kami sebagai ahli kumpulan kau. Dan namakan kami pada tugasan-tugasan tu..." pinta Samuel dengan terdesak.
Irene melepaskan keluhan sambil memandang ke depan seketika. Setelah itu, dia kembali memandang dua lelaki yang melutut di depannya.
Senyum meleret di bibirnya sebelum dia mencangkung di depan mereka.
"Apa sahaja?" tanya Irene perlahan dengan kening terangkat sebelah kanan.
Daniel dan Samuel memandang Irene lalu mengangguk kepala.
Irene senyum hingga menampakkan barisan giginya.
"Kalau macam tu, buatkan sesuatu untuk aku, dan lepas tu aku akan pertimbangkan semula keputusan untuk letakkan nama kau orang berdua atas tesis tu..." ajukan Irene.
Daniel berkerut kening. "Apa dia?" tanya dia.
Samuel memandang Irene, terpegun melihat wajah manis itu setiap kali gadis tersebut tersenyum.
"Siasat dekat mana pelajar bernama Timmy... last aku nampak dia bulan lepas... lepas tu bayang dia tak nampak langsung dekat kolej ni..." pinta Irene.
Kening Samuel berkerut. "Siapa Timmy tu?"
Irene menjungkit bahu.
"Entah... aku sendiri tak tahu siapa dia... apa yang pasti aku nak tahu dia dekat mana dan apa dia buat."
"Dia budak mana?" soal Samuel lagi.
Irene berjeda sejenak sebelum menjawab.
"Kelas Rex dengan Zack... mereka selalu buli si Timmy tu..." jawab Irene perlahan.
"Kelas Rex? Oh... budak kuli yang jadi hamba kelas Engineering tu ke?" duga Daniel yang teringat akan lelaki lampai dengan rambut menutupi mata dan kelihatan penakut. Dia selalu nampak lelaki itu ke hulu dan hilir membuat kerja yang disuruh budak-budak kelas Rex.
"Kuli? Dia jadi kuli?" tanya Irene dengan kening terangkat tinggi.
"Itulah yang aku dengar... tapi kenapa kau nak tahu pasal budak tu? Kalau dia hilang pun, bukannya urusan kita... tak siapa peduli..." ujar Samuel.
Irene memukul atas kepala lelaki itu dengan tangan kiri, memandang geram ke arah rakan kumpulannya.
"Kau nak buat ke tak nak?" tanya Irene. "Kalau tak nak, sudah... aku tak kisah."
Irene bangun dari mencangkung. Dia bersedia hendak bergerak pergi dari situ sewaktu Daniel dan Samuel serentak berdiri, menghadang laluannya.
"Okay, kami buat..." jawab Samuel dengan renungan bersungguh-sungguh.
Irene yang melihat menarik senyuman suka.
"Good boy... so, kalau boleh, aku nak keputusannya secepat mungkin..." Irene menepuk pipi Samuel dan Daniel dengan kedua-dua tangannya secara serentak.
Samuel termangu sendiri sewaktu pipinya ditepuk begitu.
![](https://img.wattpad.com/cover/184698489-288-k631246.jpg)
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...