Chapter 49 : Madam Garang

1.1K 82 0
                                        

"Baik, itu sahaja untuk pembentangan dari kami. Sekian terima kasih..." ucap pasangan terakhir kepada Madam Fiona.

Semua mata terarah kepada wanita yang sejak tadi mendiamkan diri sepanjang dua jam kelas berlangsung tanpa rehat. Mereka menanti teguran dan kritikan dari wanita yang serba-serbi perfectionist itu.

Fiona berdiri dari tempat duduknya lalu berjalan ke atas podium. Dia memandang setiap wajah yang ada di situ dengan renungan dingin.

"Tahniah untuk pembentangan kamu. Sekiranya itu sahaja, kita boleh bersurai. Terima kasih untuk kerjasama kamu..." ucap wanita itu dengan ringkas.

Serentak, semuanya berdiri, memberi tunduk hormat kepada Madam Fiona sewaktu wanita tersebut berlalu keluar dari dewan.

Irene termenung memandang pintu di mana Fiona berlalu pergi. Dia hairan dengan perubahan sikap wanita yang biasanya suka membebel dan marah-marah tetapi kini menjadi pendiam dan kurang bercakap sejak kebelakangan ini.

"Kau free?" tegur Rex di sisi, menyentak lamunannya.

"Huh?" tanya Irene, memandang bingung ke arah Rex, yang semakin hari semakin segak, berpakaian kemas dan memakai wangian yang membuat sesiapa sahaja suka menghidunya.

"Kau free tak?"

Irene teragak-agak. "Hm... rasanya free? Kenapa?"

"Aku ingat nak ajak kau makan malam sama-sama," pelawa lelaki itu sambil menolak kerusi masuk ke bawah meja. Dia berdiri memandang Irene yang turut bersedia hendak bangun. Rex menarik kerusi Irene ke belakang untuk memudahkan gadis itu keluar.

"Makan malam? Dengan awak?" tanya Irene kehairanan.

"Yalah... kita berdua," angguk lelaki itu.

Irene terdiam. Dia memandang pelik ke arah Rex lalu tangannya melekap ke dahi lelaki itu.

"Awak dah kenapa? Sakit ke? Atau salah makan ubat? Kenapa saya perhati banyak betul perubahan yang berlaku pada diri awak kebelakangan ini?"

Rex mengalihkan tangan Irene dari dahinya. Dia menarik senyum ke kanan, suka melihat reaksi risau dan prihatin Irene terhadapnya.

"Aku okay lah... Kenapa? Kau tak suka ke dengan perubahan aku ni?" lelaki itu merenung tepat ke mata Irene.

"Bukan tak suka... Cuma pelik... Mana perangai suka buli dan menyakitkan hati awak? Sikap awak yang suka senyum dan cari pasal tak tentu masa tu?" Irene menyandang begnya lalu berjalan menuruni tangga untuk ke pintu keluar.

Rex berjalan di sisi Irene dan menuruni tangga serentak bersama gadis itu.

"Aku cuba hendak jadi lelaki yang setaraf dengan kau, Irene... Sebab tu aku berubah. Aku nak jadi lebih baik dari Ethan dan mana-mana lelaki di luar sana supaya aku dapat sama dengan kau. Sebab itulah aku berubah..."

Sebaik mendengar kata-kata itu, Irene terpelecok kerana terkejut, tubuhnya bergerak hendak jatuh ke depan sebelum tangannya sempat memeluk tubuhnya dan dibawa ke dalam pelukan Rex. Irene yang terkejut memandang takut ke arah tangga di depannya, setinggi 20 anak tangga saiz sederhana besar.

Jari-jemari gadis itu erat memegang bahu Rex. "Kau tak apa-apa?" tanya Rex dengan kening berkerut.

Irene menggeleng perlahan sambil memegang dadanya kerana terkejut. Dia menjarakkan dirinya dari Rex.

"Saya okay... terima kasih..." ucapnya, memandang tidak percaya ke arah Rex. Tiba-tiba sahaja dia berasa panas di sekitar leher dan mukanya.

"Terkejut sampai nak terjatuh ke?" seloroh lelaki itu dengan senyuman nakal di bibir. Tangannya melekap pada belakang badan Irene, langkah berjaga-jaga supaya gadis itu tidak terjatuh.

Irene menjulingkan mata, menyampah. "Mana ada..." nafinya.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang