Chapter 42 : Tugasan

1.1K 93 0
                                        

"Baik kelas, pada hari ini saya akan memberikan tajuk pembentangan untuk hari Khamis ini, jadi tolong lakukannya secara berpasangan. Ini adalah sebahagian daripada markah individu. Setiap pasangan akan diberikan tajuk, dan kamu perlu menyediakan pelbagai slot yang terdiri daripada pelbagai isi dan poin. Jadi, semasa pembentangan nanti, huraikannya dan banyak bercakap. Sekiranya ada yang gagal melakukannya, bersedialah untuk menghadapi akibatnya," jelas Madam Fiona.

Mereka yang ada di situ hanya mendiamkan diri, takut dimarahi oleh wanita tersebut. Nak duduk bongkok pun tak boleh; kebanyakan pelajar dalam kelas duduk tegak, tangan di atas paha dan mata terbuka luas.

"...baik, kamu semua boleh cari pasangan masing-masing, kemudian duduk dengan pasangan kamu. Saya akan datang ke tempat kamu untuk mengagihkan tajuk pembentangan," ujar Madam Fiona yang kelihatan tidak bertenaga. Wanita itu kemudiannya duduk di kerusi.

Pada masa itu, semua pelajar di situ mula bergerak mencari pasangan masing-masing, kecuali Irene yang tetap duduk di tempatnya. Dia enggan bergerak kerana tahu jika dia bertanya sekalipun, tiada siapa yang mahu menjadi pasangannya. Siapa yang mahu duduk dengan orang yang suka buat masalah sepertinya?

Irene tunduk menyelak helaian buku teksnya dengan bosan sewaktu merasakan ada yang duduk di kerusi sebelahnya. Kepalanya ditoleh ke kanan dan melihat orang yang duduk di sisinya.

"Apa yang awak buat di sini?" tanya Irene kepada Rex, lelaki yang biasanya tak pernah masuk kelas, apatah lagi menghadiri kuliah.

"Kerja secara berpasangan...tak dengar arahan ke?" balas lelaki itu dengan nada dingin.

Irene mencebik.

"Yalah...itulah. Kerja? Awak buat kerja ke selama ini?" tanya Irene. "Kelas pun jarang masuk, ni dah kenapa tiba-tiba munculkan diri dalam kelas? Saya tak nak berpasangan dengan awak," arah Irene sambil menjarakkan kerusinya dari Rex.

Rex tidak berganjak; lelaki itu hanya duduk diam di sebelah Irene, memandang ke depan.

"Baik...semua dah duduk dengan pasangan masing-masing. Sekarang saya akan agihkan tajuk perbincangan kamu pula," Madam Fiona bangun dan berjalan dari satu baris ke satu baris sambil meletakkan helaian kertas di atas meja setiap pasangan. "Pastikan slide kamu ringkas dan padat. Tak nak warna-warni, sakit mata saya nak membacanya," pesan wanita itu sewaktu tiba di tempat Irene.

Dia tunduk memandang Rex dan Irene lalu berdengus kecil.

"Eloklah seorang kaki ponteng, seorang suka cari masalah. Padanlah..." komen wanita itu semasa meletakkan helaian kertas di depan meja Irene.

Irene menjeling tidak puas hati ke arah Rex sambil mencapai kertas tersebut dan membaca tajuk perbincangan. Selepas itu, dia terus membuka buku teksnya dengan kasar.

Rex yang melihat turut membuka buku teks dan mengeluarkan pen.

"Kalau macam tu, kita mulakan dengan soalan... sebab nak bentuk isi, kita kena ada soalan. Dari situ, kita boleh dapatkan huraian," ujar lelaki itu sebelum Irene sempat bersuara.

Irene yang mendengar terkedu; dia memandang tidak percaya ke arah Rex. Tiba-tiba sahaja, dia rasa macam tidak kenal Rex yang ada di depan matanya. Kelihatan lebih matang dan bijak?

"Awak nak ambil tajuk mana? Dalam bab ni ada tiga isi utama, setiap isi ada poin kecil."

Dengan serius, Rex menconteng itu dan ini pada buku teksnya.

"Kau ambil pengenalan sampailah isi-isi kecil ni, lepas tu aku ambil tajuk pertama. Kau tajuk kedua. Tajuk ketiga ni kita sama-sama cari isi... bila bentang nanti senang sebab ada banyak benda yang boleh dihuraikan. Kau huraikan isi kau, aku huraikan pendapat aku," Rex tunduk menulis sesuatu.

Irene yang mendengar mengangguk kepala, berasa sedikit tergugat dengan perubahan Rex, tetapi dia tidak hiraukannya. Pedulilah apa yang berlaku terhadap Rex. Yang penting kerja dia siap.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang