95.

1K 73 0
                                    

"Irene?kamu tak nak turun ke?"tanya Adriana di depan pintu. Memandang anak perempuannya yang sedang menghadap skrin computer, bermain dengan game online.

Sejak cuti semester bermula Irene hanya meluangkan masa di dalam bilik tidak ke mana-mana.

"Samuel dengan Daniel ada dekat bawah tu..."

Irene tidak menghiraukan panggilan itu kerana terlalu fokus.

Lalu secara tiba-tiba muncul dua lelaki berdiri di belakang Adriana.

"Tak apa..aunt. Biar kami cakap dengan dia." ujar Daniel di sisi.

Samuel yang berdiri di luar bilik memandang gadis yang bersila atas kerusi game dan headfon di kepala itu.

Adriana mengangguk kepala lalu beredar meninggalkan mereka di situ.

Daniel masuk ke dalam bilik terlebih dahulu dan diikuti Samuel, Daniel kemudiannya jalan mendekati kerusi dimana Irene sedang duduk. Headfon itu diturunkan dari kepala gadis tersebut, dan kerusi itu di tarik jauh dari meja tersebut. Samuel yang lihat mengambil tempat di katil Irene.

Irene tersentak dia memandang bengang ke arah Daniel.

"Apa ni...aku tengah final kot..."marah Irene yang cuba menolak kerusinya kembali ke meja tersebut, namun dihalang oleh Daniel.

Gadis itu sedaya upaya menggerakkan kakinya untuk tolak kerusi itu kebelakang, tetapi gagal. Lalu dia mengalah, renungan tajam terarah pada Daniel yang duduk di sisi Samuel atas gadis sambil memegang lengan kerusinya.

"Sampai bila kau nak terperap dekat dalam bilik ni..."tanya Daniel.

Irene menyilang tangan ke dada.

"Sampai bila-bila..."jawab Irene.

"Kau dah kenapa?Sejak habis exam perangai kau terus berubah macam ni?Mana Irene yang suka main dan selalu tersenyum tu?"

Irene bercemberut, dia memandang ke kanan.

Daniel menilik wajah itu dengan lama, dapat membaca apa yang sedang berlaku. Sesuatu telah menggangu fikiran gadis di depannya.

"Jom...kita keluar. Pergi pantai, kelab, satu hari ni kita main bila lagi kan kita boleh enjoy macam ni. Nanti bila result dah keluar, semua sibuk dengan kehidupan masing-masing."aju Daniel.

"Yalah...jomlah. Sekarang ni musim panas. Tak sepatutnya kau duduk terperuk dekat rumah macam ni...."setuju Samuel.

Irene mendiamkan diri. Gadis itu tidak bergerak dari kedudukannya.

"Irene..."panggil Daniel perlahan,

Irene menoleh. Dia memberi renungan dalam ke arah Daniel lalu beralih ke arah Samuel.

Daniel mengangkat kening, Samuel tersenyum.

Irene melepaskan keluhan.

"Yalah...sebab kau orang dah ajak takkan tak pergi pulak.."balas Irene mahu tak mahu.

"Cantik..dah cepat bersiap.Kita orang tunggu bawah..."Daniel bangun dari situ bersama Samuel dengan serentak.

Sebaik sahaja pintu bilik itu tertutup, Irene mengerling ke arah bingkai gambar yang ada di atas meja kerjanya dengan renungan muram.

Wajah Ethan tersenyum disampingnya dengan tangan lelaki itu berada di atas bahunya. Gambar yang diambil sewaktu mereka berdua lepak di depan kolam renang di hujung minggu lama dulu.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now