Chapter 10 : Tetamu Luar

1.4K 108 0
                                        

Dua wajah di hadapannya di pandang dengan mulut ternganga.

Speechless.

Once again.

Like seriously, memangnya satu hari ni orang sekeliling dia suka berikan dia suprise ke apa ni?

Irene berkerut kening dengan bola mata bergerak kanan dan kiri memerhatikan Encik Adam sedang tersenyum kepadanya.

Berhenti senyum!Ianya menjengkelkan. Tiada apa yang patut disenyumkan dekat sini!

               "Pardon me?"Irene berseru tidak percaya. Dia salah dengar ke apa tadi.

               "Papa tahu ianya agak tiba-tiba, tapi kamu tak perlu risau mengenainya. Dia pun pandai mandiri. Cuma perlukan tempat untuk menumpang saja."

                "Hah?Tinggal dengan kita?Masuk akal ke semua ni?"

                 "Tak apa la Irene. Lagipun rumah kita ni cukup besar untuk menempatkan seorang lagi ahli. Dan kawan papa sendiri yang minta papa tengokkan anak dia sementara waktu sebab ada urusan penting yang dia perlu selesaikan.

                   Semakin tercengang Irene. Dia begitu baffled dengan penjelasan papanya. "Not make any sense. How come a grown up ass man need to be taken care of? They are not 5 years old. But 21."

                  "Irene...kamu sendiri pun kami masih jaga. Inikan lagi dia."

                   "Well that's different...Irene anak perempuan papa. As long as I'm not marry yet, I'm fully your responsiblity despite no matter how old I'am."

Terketap nipis bibir Encik Adam dibuat jawapan itu.

                   "Yalah...anak dia tu kenapa?Kurang upaya ke?Sampai kita perlu jaga dia...duduklah dekat hotel mana-mana?Ke dia miskin sebab tu nak menumpang?Sampai tak boleh support diri sendiri?"tanya Irene dengan nada jengkel.

Encik Adam membuat muka, tidak suka mendengar bahasa Irene yang kasar itu.

               "Sayang...papa hanya nak maklumkan aje...bukan suruh kamu jaga dia ke apa...yang kamu nak naik angin dah kenapa?" keluh Encik Adam dengan kening berkerut.

               "Tak ada la...kalau perempuan tu tak apa la...ini tak, lelaki...annoying ah."gerutu Irene.

               "Keputusan dah dibuat. Papa dah maklumkan pada kawan papa mengenai hal ni. Mahu tak mahu kamu perlu bersetuju jugak. Sebab bulan hadapan dia akan datang ke sini.."

Haish!Memangnya pendapat dia dah tak penting lagi ke? Tetiba pulak ada orang lain dalam family dia pulak tu.

               "Menyemak la semua ni..."komen Irene sambil silang tangan ke dada, tanda protes dengan makluman itu.

                "Lagipula, kamu dengan mama kamu akan   duduk berdua mulai bulan depan. Sebab papa akan outstation untuk jangka masa yang lama. Sebab papa perlu uruskan kerja untuk masa yang lama di sana dan elok juga anak kawan papa tu ada sekali di sini...boleh la tengok-tengokkan kamu dan mama kamu sepanjang papa tiada di sini. Terutama sekali tolong tengokkan kamu.

Irene yang duduk bersandar pada sofa itu terus terduduk tegak. Matanya membutang luas.

                 "Asal Irene pulak?"pandang Irene dengan tidak puas hati. Dia tak perlukan bodyguard untuk memerhatikan setiap gerak geri dia la.

                 "Yalah kamu tu kan  suka timbulkan masalah. Bukannya papa tak tahu perangai kamu tu macam mana. Mama kamu tu bukannya selalu ada di rumah, kerja dia di hospital tu pun tak menentu jam waktunya kalau kamu sendirian di rumah macam mana?"

Irene membuat muka tidak suka. Macam la dia tak biasa hidup sendirian selama ini.

                 "Habis tu papa suka la Irene duduk dengan lelaki asing? Macam la papa dengan mama tak biasa tinggalkan Irene sendiri dekat rumah."cebik Irene yang menyampah dengan kata-kata papanya yang tak serupa bikin.

                 "Bila masanya papa tinggalkan kamu sendiri?Kalau mama tak ada dekat rumah, papa mesti ada, kalau papa tak ada di rumah mama pasti ada di rumah.jawab Encik Adam yang sememangnya tidak mahu kalah. "Tak pernah sekalipun kami tinggalkan kamu sendirian di rumah tanpa pengawasan."

Irene menjegil mata kerana bengang dengan papanya yang tahu sahaja hendak membalas kata-katanya. Menyakitkan hati betul!

                  "Papa ni kan...Suka hatilah situ...malas nak cakap dengan papa...menyakitkan hati!"gerutu Irene.

Tidak lama kemudian Puan Adriana muncul dari arah tangga tingkat atas. Sudah lengkap mengenakan scrub doktornya. Dia mendapatkan Encik Adam lalu mengucup pipi suaminya lalu memeluk kejap kepala Irene.

                   "Mama pergi dulu...sayang..tidur awal..esok kamu ada kelas..jangan main video gamenya sahaja." pesan Puan Adriana pada Irene.

                  "Ya...bawa kereta perlahan-lahan.." pesan Encik Adam.

                  "Okay...bye semua. Jangan bergaduh..."lambai Puan Adriana dengan senyuman dibibir sebelum lenyap di muka pintu.

Irene yang dengar hanya membuat muka protes tidak puas hati. Mamanya pun malah bersetuju aje tentang hal ni. Bukan nak buat cadangan ke apa.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang