Bungkusan makanan, botol plastik dan putung rokok bersepah atas lantai tepat di bawah orang yang sedang berkaki ayam.
Dua pasang kasut yang sudah kotor dan dirosakkan tergeletak di dua tempat berbeza.
Keadaan lengang koridor menjadikan suasana eerie dan tidak menyenangkan buat si mangsa yang menjadi bahan bulian penuntut bermasalah di situ.
Lima lelaki duduk bercakung dan bersandar pada tembok menghadap lelaki berkaki ayam yang berdiri di depan mereka dengan kepala tunduk memandang ke bawah. Muka sudah berlebam, rambut sudah bersepah, pakaian pula sudah selekeh, cermin mata senget sebelah.
"Aku dengar papa kau naik pangkat jadi pengurus besar....baik betul ayah kau ya Zack?"
"Mana ada....papa aku kesian... yalah...bapak budak ni kan kena sara anak seorang diri lepas bini lari dengan lelaki lain...."balas Zack."Hahaha...kesian betul."
Bicara mereka sambil ketawa besar. Membuatkan pelajar lelaki yang berdiri itu mengangkat kepala. Renungan tajam terarah pada yang mencemuh hal ehwal keluarganya. Berani betul!
"Ibu saya tak lari...berhenti burukkan keluarga saya!"marah Timmy.
Ketua kumpulan itu bangun dari cakungan. Mencampak putung rokok ke lantai dengan kasar, Rex bangun sambil mencapai botol plastik dari tangan Zack sejurus itu.
"Apa kau cakap?Berani kau angkat kepala hah!?"Rex memukul-mukul kepala Timmy dengan botol air tersebut. "Ulang balik! berani sangat kan menjawab!"tubuh atlet milik Rex itu membuatkan Timmy kelihatan kerdil di hadapan Rex.
"Bagi jer penumbuk sebijik...biar dia tahu dengan siapa dia melawan"ujar Zack dengan kawan-kawannya yang lain.
Rex menarik senyum jahat, dia terus mengangkat kaki. Tidak semena-mena satu sepakan padu terarah pada tepi badan Timmy.
Menyebabkan badan kurus Timmy tercampak jauh dari tempat asal dia berdiri sebelum meluncur tepat di depan kaki seseorang.
Mereka yang sedang duduk melepak atas tangga itu terus tersentak berdiri apabila masing-masing bertentang mata dengan mata milik orang itu.
Timmy memeluk perutnya sewaktu memandang ke atas. Melihat orang itu sedang tunduk memandangnya. Tanpa buang masa, dengan kalut Timmy bangun dan menjauhkan diri dari orang itu.
Seperti baru nampak hantu.
"Well...well....tengok siapa dekat sini. Irene Bae, my love..."sambut Rex.
Semua di situ tahu siapakah gadis di hadapan mereka ini. Kalau bukan kerana Rex menyukai gadis ini, mereka mungkin sudah menguratnya. Tetapi disebabkan Rex sudah memberi arahan agar tidak menganggu maka mereka hanya mampu memerhati saja.
"What a suprise seeing you here. Sayang nak makan?" aju Rex sambil menunjukkan bungkusan sandwich yang dipegang oleh Zack. "Saya ada lebih ni..."
Dengan riak tidak kisah, Irene sekadar menggeleng kepala. Dia lirik akan lima ahli ragbi pasukan Rex lalu ke Timmy. Disebabkan ianya bukan pertama kali untuk Irene, dia tak terkejut.
"Siapa yang awak panggil sayang hah?Berapa kali saya beritahu, berhenti panggil saya macam tu. Kalau orang dengar mereka akan salah faham."kerut Irene tidak suka dipanggil 'sayang' begitu dengan Rex. Siapa aje yang mahu jadi teman wanita kepada pembuli?Buat rosak imej dia aje.
"Awak la..siapa lagi.."sengih Rex lepas tu. Langsung tak rasa malu atau peduli dengan rejection Irene.
Irene buat muka geli geleman. "Please la..Lagipun apa yang kau orang buat dekat sini?"dia pandang sepah dekat lantai tu sebelum pandang Timmy menyedari yang lelaki lampai lagikan kurus dihadapannya seperti dalam kesakitan.
"Ah...tak ada apa-apa. Cuma ambil masa untuk bermesra dengan Timmy. Kan Timmy?"senyum Rex dengan muka tidak bersalah.
Mata Irene pun bergerak ke kanan, memandang Timmy sedang tunduk memeluk perut. Ini mesti lain tak bukan kerja Rex. Cuma Rex aje yang berani angkat tangan dan kaki pada student kolej ini.
"FYI....Madam Fiona on the way ke sini...baik kau orang kemas sepah tu sebelum dia nampak." ujarnya sambil mengulum lidah pada lollipop dalam mulut. Satu benjolan pada pipi kirinya timbul apabila lollipop itu berada di dalam mulut.
"Hah!Madam Fiona?Serius lah...."tanya Zack dengan mata terbutang.
"Yup...beberapa langkah dari sekarang.."jawab Irene dengan nada selamba menunding ibu jari ke belakang bahu.
Membuatkan kelima-lima lelaki yang berbadan sasa itu lari mencicit-cicit seperti tikus ketakutan sampai ada yang tersungkur hendak terjatuh.
Irene perhatikan kekalutan mereka di situ dengan renungan bosan. Boys.
Timmy berjalan lemah menuju ke arah beg galasnya yang berada di atas lantai. Sedang lelaki itu mencakung jari jemari yang terdapat luka itu mengutip sampah-sampah yang tersisa di atas lantai.
"Irene Bae!"panggil Madam Fiona dari jauh yang melihat Irene berdiri di depan Timmy yang sedang tunduk mengutip sampah di bawah kakinya.
Ahh!Sh!t
Irene memejam mata sambil dongak ke atas mengerang kejengkelan lepas dengar suara tu. Asal ya, setiap kali dia terlibat dengan masalah mesti tertangkap dengan Madam Fiona. Lantas Irene berpaling sambil memegang lollipop di tangan. Memberi renungan mengalah ke Madam Fiona.
What a bad luck!
Ugh!

YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...