Samuel meletakkan Irene ke bawah, melihat rambut gadis itu yang sudah kusut dan berwajah merah. Dia menarik nafas, cuba menenangkan diri setelah berlari untuk mengejar gadis yang menyusahkan di depannya ini.
Irene tunduk membetulkan pakaian serta rambutnya.
"Macam mana kau tahu?" tanya gadis itu sambil menyilang tangan ke dada.
Daniel duduk di tembok batu kolam air, membuka butang baju kemejanya kerana kepanasan setelah mengejar bekas atlet di depannya ini.
"Madam Linda yang beritahu..." jawab Samuel sambil mencekak pinggang menghadap Irene.
"Asal kau buat macam tu? Sengaja nak kita orang nampak jahat, kan..." tanya Daniel berkerut kening. Lelaki itu mendongak memandang Irene.
"Memang patut pun... kau ni kan memang jahat, baru sedar ke?" tanya gadis itu dengan muka menyampah.
Samuel meneliti wajah Irene untuk seketika sebelum melepaskan keluhan. Rasa marah yang pada mulanya membuak kini menghilang. Menyedari sikap Irene yang selalu menyakitkan hati, ada juga sisi yang menyenangkan bagi sesiapa yang memandang.
"Dahlah... malas aku nak panjangkan hal ni. Apa kata malam ni kita lepak dekat Kelab Diamond Blue?" Daniel berdiri.
Kening Irene terangkat, dia menepuk tangan teruja.
"Nice! Lama dah aku tak lepak dekat sana gara-gara sibuk dengan tesis dan kuiz. Jomlah," ajak gadis itu, lupa akan pesanan Xenon padanya.
"Lepas kelas kita ke sana..." balas Samuel pula.
Irene mengangguk laju.
"Call!" soraknya.
Selepas kelas tamat, tiga orang sahabat itu terus menuju ke kelab tersebut yang dipandu oleh Samuel sendiri. Sebaik sahaja mereka tiba di depan pintu masuk, Irene menunjukkan belakang tapak tangannya kepada pengawal keselamatan di situ.
Pengawal itu tunduk, meletakkan alat pengimbas berlampu hijau pada tangan Irene, mendedahkan satu tatu halimunan berbentuk diamond di permukaan kulit tangan gadis itu.
Lalu, diikuti oleh Samuel dan Daniel di belakang. Pas rahsia untuk pelanggan yang berdaftar di bawah VIP.
Sementara pengunjung lain perlu beratur panjang menunggu giliran untuk masuk ke dalam tempat berkelas tinggi itu.
Alunan lagu rancak yang menggegarkan telinga memenuhi tempat itu.
"Wooo!!!" sorak Irene dengan gembira sebaik sahaja menjejak kaki masuk ke dalam tempat sejuk dan bingit itu.
Saat dia hendak menghampiri kaunter bar, lengannya serta-merta dipegang. Gadis itu berpaling, mendongak memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya.
"Tak boleh..." arah Samuel dekat dengan telinga Irene.
"Asal pula... kelab kut...?" tanya Irene dengan suara kuat, cuba menyaingi lagu yang sedang dimainkan dengan volume yang sangat kuat.
Samuel mendekatkan mulutnya ke telinga Irene. "Tak boleh kalau dengan aku..." kata Samuel.
Irene mengerang kerana kejengkelan. Menyesal pula keluar dengan Samuel.
"Jom..." ajak Daniel di sebelah, menarik Irene dan Samuel ke tengah lantai tarian, mencelah di antara para pengunjung di situ.
Berdiri di tengah-tengah Samuel dan Daniel, Irene mula menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...