Tuala basah untuk membersihkan badan wanita itu diletakkan ke dalam besen oleh Irene. Gadis itu ringkas memakai t-shirt lengan panjang dan skinny jean hitam pada malam itu.
Irene kemudiannya beralih ke meja kppi sebelah katil. Sikat atas meja itu dicapai untuk menyisir rambut milik wanita yang duduk bersila atas katil. Sedang tunduk menonton video yang dibuat khas oleh para pelajar seni grafik dan perfileman.
"Pandai betul mereka buat video ni..."puji Fiona sambil tersenyum.
Irene yang sedang menyisir rambut Fiona memandang sekilas ke skrin ipad itu lalu tersenyum.
"Madam suka?""
"Mestilah suka...dah pelajar-pelajar saya yang buat"
Senyuman Irene pudar apabila sikat yang berada di tangannya penuh dengan rambut gugur.
Cepat-cepat dia sorokkan sikat itu ke dalam poketnya. Lalu menarik senyuman.
"Dah siap...madam boleh baring sekarang " badan Fiona dipegang oleh Irene lalu dibaringkan ke katil itu dengan lembut.
Selimut ditarik menutupi badan wanita itu.
Fiona mengalih pandangannya dari skrin ipad ke arah Irene. Memandang wajah itu dengan lama."Kenapa kamu buat semua ni untuk saya?Lepas apa yang saya buat dan katakan pada kamu. Semua pelajar di kolej sendiri tidak peduli tentang saya tapi kenapa kamu susah payah lakukan semua kejutan ni?"tanya Fiona dengan kening berkerut.
Irene menatap wajah pucat itu dengan senyuman dibibir.
"Sebab madam orang yang baik. Saya tahu kenapa madam selalu bersikap dingin dan tegas dengan kami. Semua tu sebab madam pedulikan kami. Madam tak nak kami jadi manusia tidak berguna. Lagipula kata-kata madam tak pernah pun saya ambil hati. Sebab saya dah anggap madam seperti ibu saya sendiri..."balas Irene dengan ceria.
Fiona terkedu, wanita itu memegang erat ipad yang berada di dadanya.
"Kalau saya ada anak, saya harap dia seperti kamu..."ucap wanita itu perlahan.
"Kalau begitu saya boleh jadi anak madam nak saya temankan madam malam ni?Lagipun esok hari minggu..."Irene panjat katil itu tanpa dijemput. Dia menyelimutkan badannya lalu baring rapat dengan Fiona.
"Apa yang kamu buat ni..sempitlah..."
"Tak apa..sempit sekejap jer pun mana video tadi. Saya nak tengok juga..."Irene mencapai ipad itu lalu memegangnya. Disentuh itu dan ini sebelum memainkan video.
Fiona memandang Irene sambil tersenyum lalu menonton video itu bersama. Mendengar celoteh gadis itu yang mengkritik tentang itu dan ini mengenai video tersebut. Berperangai seperti mana Fiona berkelakuan sekiranya tidak puas hati.
Fiona yang dengar hanya mampu ketawa, lucu melihat gaya Irene berbicara.
Dari luar lagi suara ketawa dan celoteh itu dapat didengari oleh mereka yang lalu lalang depan wad itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...