39. Irene dan Rex

1.1K 85 0
                                    

Perbualan orang tua di meja makan itu didengar oleh Irene dengan tekun; gadis itu langsung tidak menghiraukan lelaki yang duduk di sebelahnya. Sehinggalah seorang daripada mereka memandang ke arahnya.

"Irene, ajaklah Rex berbual... biasanya kamu banyak bercakap. Kenapa hari ini diam pula?” tegur Adriana, membuatkan Irene yang sedang minum hampir tersembur apabila mendengar kata-kata itu.

Gadis itu mengangkat kening.

"Hm?"

Olivia tersenyum manis sewaktu memandang Irene. Terbayang di fikirannya, jika Irene menjadi menantu, pasti cucunya cantik-cantik belaka.

"Anak aunt umurnya baru 22 tahun, dia belajar di Kolej Star High," ujar Olivia.

Irene memberi senyum nipis, tidak tahu hendak berkata apa, memandangkan dia kenal lelaki di sebelahnya ini.

"Star High? Ya ke? Irene pun belajar di situ, sebayalah dengan dia..." balas Adriana dengan teruja.

Mata Irene mengernyit sebaik mendengar kenyataan Adriana. Orang tuanya ini pun tak reti untuk diam.

"Ya ke? Maknanya kamu berdua ni kenal antara satu sama lain, kan?" tanya Olivia dengan mata terbuka luas.

Irene tidak memberi sebarang reaksi; dia hanya mendiamkan diri. Kalau lelaki di sebelahnya tidak berkata apa-apa, inikan lagi dia.

"Baguslah kalau begitu. Kebetulan pula mama dengan aunt Olivia kamu ni dah lama berkawan. Pengarah ni pula mama dah kenal sejak enam tahun bekerja di hospital tu. Eloklah kalau kamu berdua jadi kawan... ya tak, lagi mesra," ujar Adriana dengan bersemangat.

Irene menarik senyuman paksa di bibir, dalam kepala sudah penuh dengan sumpah seranah.

"Bagus kepala kau... ianya bukan bagus, tapi sebaliknya! Aku tak nak ada kaitan dengan mamat tiga suku ni," gerutu Irene dalam hati.

Olivia dan Abraham mengangguk kepala setuju.

"Kamu pun cantik orangnya. Comel, sepadanlah dengan anak aunt ni yang suka pada gadis comel seperti kamu..." Olivia mula hendak menjodohkan antara Irene dan Rex.

Irene memandang mesra ke arah Olivia sambil tersenyum.

"Ada-ada sajalah aunt ni, mana ada saya cantik... biasa saja, mana mungkin saya nak dipadankan dengan anak aunt ni..." tolaknya secara halus.

"Tak apalah... mula-mula memang tak biasa. Nanti dah lama rapat, okaylah tu..." sampuk Abraham.

Irene menoleh ke kanan, kakinya menyinggul kaki lelaki di sebelahnya. Meminta Rex agar bersuara. Takkanlah nak biarkan ibubapa mereka berdua suka-suka hendak menjodohkan mereka.

"Rex, makan lagi... jangan malu. Makan banyak-banyak sikit..." pelawa Adriana pada Rex sambil menyuakan pinggan berisi makanan ke arah Rex.

Rex menyambut pinggan itu dengan senyuman nipis di bibir lalu meletakkan pinggan itu ke bawah.

"Terima kasih..." ucap Rex.

Irene memandang Rex yang langsung tidak mahu memandangnya. Malah, dia tidak menghiraukannya seperti dia tidak wujud di situ. Berderau darah dibuatnya menghadap lelaki yang menyakitkan hati ini.

"Lain kali kamu datanglah pula ke rumah saya untuk makan malam bersama kami sekeluarga," pelawa Abraham dengan ramah.

"Ya, tuan... sudah tentu sekiranya tiada aral rintang, boleh saja..." balas Adriana.

Irene menoleh ke kanan, menjeling tidak puas hati ke arah Rex. Tahulah dia nak buat apa dengan lelaki ini!

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now