Chapter 45 : Teman

1.1K 96 1
                                    

Skrin iPad diteliti sambil mendengar penerangan daripada orang yang berjalan di sisinya. Mata Rex tekun membaca butiran pada slide yang mereka sediakan sepanjang waktu makan tengah hari tadi selepas kelas.

"Lepas itu, awak masuk ke point tajuk ketiga selepas saya beri penerangan tentang fungsi-fungsi dan juga kelebihan..." ujar Irene sambil membelek kertas di tangannya lalu memandang skrin iPad yang dipegang oleh Rex. "Yang ini..." tunjuknya sambil menyentuh skrin iPad.

"Lepas aku cakap yang ini, baru kau terangkan kelebihan macam tu?" tanya Rex.

"Ha'ah... lepas itu awak akan terangkan yang selebihnya. Lepas itu habis..."

Rex mengangguk kepala.

Irene menyimpan kertas di tangannya ke dalam beg sandang sebelum tunduk melihat skrin telefon. Dia menghantar mesej kepada papanya, bertanya khabar dan meminta supaya papanya membelikan buah tangan sebelum pulang nanti.

"Esok kau bagi tahu semuanya masa introduction tu, jangan lupa isinya aku dah bagi kan..."

"Urm... saya dah ingat semuanya... jangan risau," ujar Irene sambil memandang skrin iPad itu sekilas sebelum melihat ke depan. Gadis itu serta-merta tersenyum apabila melihat seseorang yang sedang berjalan sambil memandang telefon dari arah bertentangan. "Xenon!" panggilnya dengan riang.

Xenon mengerling ke arah Rex, renungan tajam terarah pada Rex sewaktu Irene datang mendekat.

"Seronok sangat ke nampak aku... sampai mengada macam tu?" tanya lelaki itu sambil memandang Irene.

Senyuman di bibir Irene jatuh. Kening gadis itu berkerut.

"Habis tu, awak nak saya panggil awak terpekik-pekik?" Irene memandang baju t-shirt biru cair yang dipakai sebalik kemeja yang tidak dibutang itu. "Kenapa baju awak kotor?" Irene menyelak kemeja itu, memeriksa kesan seakan minyak terpalit di bahagian dada baju.

Xenon tunduk, melihat kesan kotoran yang dimaksudkan oleh Irene.

"Menukang tadi... sediakan replika enjin yang aku lakar hari tu..."

Irene membuat muka.

"Senang je awak kata, bukan awak yang cuci pakaian..." ujar Irene perlahan.

Rex membuat muka tidak suka. Iri hati melihat kemesraan dua orang itu, terutama dengan Xenon, lelaki misteri yang dari awal lagi tidak disenangi oleh Rex.

"Irene, kita ada kelas kejap lagi ni..." tegur Rex yang tidak selesa melihat Irene mesra dengan lelaki beraura misteri di depannya. "Jom..."

Irene berpaling ke belakang sebelum kembali memandang Xenon.

"Oh... ya. Lupa... okay lah. Saya pergi dulu, bye..." pamit gadis itu sambil menepuk perlahan dada Xenon.

Xenon melirik langkah Rex sewaktu lelaki itu mendekati Irene. Mereka berdua kemudian berlalu pergi dari situ, meninggalkan Xenon sendirian di belakang.

"Kau rapat dengan dia ke?" tanya Rex sewaktu mereka berdua mendaki tangga.

"Kenapa?"

"Tak adalah... kau dengan dia macam ada sesuatu je," duga Rex berbaur cemburu.

Irene berpaling dan tersenyum.

"Sekalipun saya ada hubungan dengan dia, apa urusannya dengan awak..." gadis itu berjalan maju beberapa langkah dari Rex.

Rex memandang langkah Irene dengan renungan sedih. Dia terus mengejar langkah gadis itu dan berjalan seiring sehingga masuk ke dalam dewan kuliah.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now