Bakul berisi pakaian kotor dibawa keluar untuk dicuci dari bilik tidurnya. Sedang dia berjalan, matanya terarah pada seorang lelaki yang hanya berseluar pendek paras lutut dan tidak berbaju, melintas di depannya untuk menuruni tangga.
Irene menggeleng kepala, malas hendak menghiraukan kewujudan lelaki itu. Sejak lelaki itu tinggal di situ, Irene sudah lali dengan perangai 'ikut suka hati' Xenon.
Mana tidaknya, lelaki itu berkelakuan seperti di rumah sendiri. Suka hati berjalan ke hulu-hilir tanpa berbaju, menyuruh Irene melakukan itu dan ini seperti dia seorang pembantu.
Belum lagi, lelaki itu suka keluar dengan keadaan basah hanya bertuala. Situasi yang paling membuat Irene terkejut ialah ketika lelaki itu muncul secara tiba-tiba seperti pembunuh. Rasanya, dia bagai mahu menjerit!
Langkahnya terhenti di depan bilik tidur ibunya yang terbuka luas.
“Mama, Irene nak cuci baju... Mama ada pakaian yang nak dicuci tak?” tanya Irene sambil menjenguk kepala ke dalam bilik tidur mamanya.
Adriana yang sedang meletakkan pakaian ke dalam beg, berdiri tegak dan memandang Irene, lalu menggeleng kepala.
“Tak ada, sayang... Mama dah cucinya.”
Kening Irene terangkat, memandang pelik ke arah beg pakaian yang berada di atas katil.
“Mama nak ke mana dengan beg pakaian tu?”
Adriana tersenyum sambil meletakkan pakaian yang telah dilipat ke dalam beg.
“Pakaian ganti... Mama malas nak ulang-alik nanti... sebab tu mama bawa pakaian lebih.” Adriana kembali tunduk melipat baju dan memasukkannya ke dalam beg.
Irene bersandar pada pintu, memandang wajah mamanya yang sedang sibuk. Dalam seminggu, hanya beberapa kali dia melihat wajah itu. Itupun sekejap sahaja. Tidak lama kemudian, mamanya pasti akan beredar keluar.
“I miss you...” ucapnya perlahan.
Adriana tersentak, lalu perlahan-lahan berdiri tegak dan memalingkan badan ke arah Irene.
“Apa kamu cakap?” tanya Adriana, cuba memastikan dia tidak salah dengar.
“I miss you... I miss you so much, Mom...” ucap Irene sambil tersenyum nipis.
Adriana menarik senyuman sayu, lalu mendepakan tangan.
“Sini... peluk mama...”
Irene meletakkan bakul pakaian kotornya dan masuk ke dalam pelukan Adriana. Gadis itu menyandarkan kepala ke bahu Adriana sambil memeluk erat tubuh hangat itu.
Adriana melepaskan helaian nafas lega ketika tangannya memeluk tubuh kurus milik anak tunggalnya. Sayu hatinya.
“Maafkan mama, sayang...” ucap Adriana yang kemudiannya mengucup dahi Irene dengan mata terpejam. “Mama pun rindukan kamu.”
Irene menjarakkan dirinya dari Adriana dan tersenyum memandang wajah bersih dan cantik itu dengan penuh asyik.
“Irene faham... Mama jangan risau...” ucapnya.
Adriana menyelak anak rambut Irene ke belakang telinga.
“Mama kena masuk kerja ni... Tak apa kan mama tinggalkan kamu dengan Xenon?”
Irene terdiam, baru teringat nama lelaki itu setelah mendengar mamanya sebut.
“Ahh... mamat tu. Jangan risau... Dia buat hal dia, Irene buat hal Irene.” balas Irene.
Adriana mengusap kepala Irene sebelum tunduk mencapai beg pakaiannya.
“Kalau macam tu, mama gerak dulu... Pastikan kamu makan makanan yang segar. Jangan order delivery... Mama tak nak...” pesan wanita itu.
“Ya... Irene tahulah.” balas Irene sambil membuat muka kerana bosan mendengar benda sama berulang kali.
Irene menghantar Adriana hingga ke depan pintu dan menunggu wanita itu hilang dari pandangan setelah kereta yang dipandu menjauh di atas jalan.
Setelah itu, dia menyambung kerjanya untuk mencuci pakaian. Sedang dia melintasi laman belakang, matanya terpandang lelaki itu sedang berenang di dalam kolam.
Perlahan-lahan, dia mendekati sliding door dan berdiri di tepi. Melihat lelaki itu berenang dengan bergaya seperti perenang profesional.
“Awak....!” panggil Irene sambil menyandarkan bakul pakaiannya di sebelah pinggang kanan sambil bersandar bahu ke sliding door.

YOU ARE READING
5. Mr. Right
Ficção AdolescenteNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...