Chapter 71 : Penemuan Mengejut

1K 81 2
                                    

Sejam kemudian...

"Jumpa dekat rumah nanti ya," kucup Adriana di dahi Irene sebelum berlalu pergi meninggalkan Irene untuk menyambung kerjanya.

Irene melambai ke arah Adriana sebelum berpaling ke arah Eskeletor. Baru sahaja gadis itu hendak memijak tangga Eskeletor, Irene berhenti.

Mata Irene terpaku ke satu arah di mana seseorang sedang berjalan sambil memegang tiang IV drip dan berpakaian jubah pesakit.

Tanpa berlengah, Irene berpatah balik dan berlari untuk mengejar langkah orang yang dilihatnya. Sebaik sahaja dia tiba di koridor wad, dia melihat orang itu masuk ke dalam salah satu wad di situ.

Dalam keadaan berdebar, waktu itu jugalah telefonnya berbunyi.

"Drit... drit..." getaran dari telefon dalam beg tangan menyentak Irene. Sambil mendekati pintu wad itu, telefon itu diangkat ke telinga.

"Hurm..." balasnya perlahan tanpa mengetahui siapa pemanggilnya.

"Mana kau?" tanya Rex dalam panggilan.

"Hospital..." jawab Irene sambil membaca papan tanda di tepi pintu wad, melihat nama yang tertera pada tanda itu.

Selesai sahaja membaca tulisan tersebut, mata Irene terbuka luas, mulutnya terus ditekup dengan tangan sebelah lagi akibat terlalu terkejut dengan apa yang tertulis di papan tersebut.

"Hospital? Kenapa kau ada dekat situ?"

"Saya makan tengah hari dengan mama, Rex. Saya call awak kejap lagi ya..." pamitnya sebelum memutuskan panggilan. Dia cuba membaca sekali lagi tulisan itu sebelum memandang pintu wad yang tidak ditutup rapat.

Dari celah pintu itu kedengaran suara orang terbatuk-batuk.

"Puan... puan kena makan ubat ni..."

"Kan aku kata tak nak! Kalau aku makan, mati juga nanti..."

"Janganlah kata begitu. Ubat ni untuk kurangkan rasa sakit puan..."

"Aku kata tak nak, kau tak faham ke?"

Tiba-tiba bunyi sesuatu jatuh dan pecah kedengaran, membuatkan Irene yang berdiri di luar pintu itu tersentak. Tidak lama kemudian, seorang jururawat keluar dari wad tersebut dengan wajah cemberut dan dulang berisi cawan yang pecah di tangan.

Irene memandang langkah jururawat itu dengan kening terangkat tinggi. Oleh kerana ingin tahu, Irene perlahan-lahan mendekati pintu itu, menolak sedikit untuk menjenguk keadaan bilik tersebut.

Dengan berhati-hati, Irene menjengah kepala dari tepi dinding bilik dan melihat seorang wanita sedang baring mengiring ke kiri menghadap jendela.

Waktu itu, jantungnya berdegup kencang sehingga dia boleh mendengar degupannya dalam kepala. Terkejut dan takut sekiranya apa yang difikirkannya adalah betul.

Secara tiba-tiba, wanita itu bersuara, membuatkan Irene melompat terkejut kerana tersentak.

"Tak faham ke aku tak nak makan! Kau nak aku..." wanita itu berpaling sebelum senyap apabila dia melihat orang yang berdiri di depan kaki katilnya, merenung ke arahnya dengan mata terbuka luas.

Irene menahan nafas, matanya tidak berkedip setelah bertentang mata dengan wanita di depannya. Nama wanita itu jelas terpapar di papan kenyataan pesakit di hujung katil.

‘FIONA LEON, 45. Kanser Usus Tahap 4’.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now