Chapter 72 : Amukan

1K 86 1
                                        

Tiga hari kemudian...

"Ya ampun! Kau tak faham ke? Aku kata, keluar! Keluarlah! Apa yang susah sangat nak faham ni!" arah Fiona kepada jururawat yang cuba memberinya makan ubat.

"Puan, tolonglah makan ubat ni..."

"Aku tak nak! Keluar! Keluar!" teriak wanita itu sambil melempar barang. Jururawat yang ada di situ sedaya upaya mengelak daripada terkena barang yang dilemparkan.

Tiba-tiba muncul satu tangan, mencapai bekas ubat dari tangan jururawat itu. Jururawat itu memandang terkejut kepada tuan punya tangan tersebut. Dia melihat gadis muda di depannya yang tersenyum ke arahnya.

"Tak apa, biar saya buat..." minta Irene.

Kening jururawat itu berkerut.

"Tapi cik-"

"Jangan risau, saya akan pastikan puan ni makan ubat."

Jururawat itu memandang tidak pasti ke arah Irene lalu mengalah, dan kemudiannya beredar keluar dari bilik itu. Meninggalkan Irene dan Fiona sendirian di dalam wad tersebut.

Irene tunduk membersihkan barang-barang yang ada di atas lantai lalu menyusunnya kembali ke tempat asal. Sementara Fiona yang berdiri menghadap jendela itu hanya mendiamkan diri.

"Madam..." panggil Irene perlahan.

"Kau pun sama, keluar! Nak menyibuk dekat sini buat apa? Nak ketawa kan aku?" tuduh Fiona tanpa menoleh.

Irene yang mendengar memandang rambut yang kusut tidak disisir kemas itu.

"Sukalah kau tengok aku macam ni. Pergilah beritahu semua orang biar mereka ejek... gelakkan aku..."

Irene menarik garisan nipis di bibir.

"Saya tak cakap apa-apa pun..." balas Irene yang berdiri di sisi Fiona lalu tersengih. "Madam ni serius sangatlah. Cubalah senyum sikit," gadis itu melentokkan kepala ke kanan, melihat wajah pucat yang tidak bermakeup itu. Biasanya dia lihat Fiona sentiasa kemas dan sofistikated. Namun begitu, walaupun wanita ini sedang sakit, pada pandangannya pensyarahnya ini tetap seorang yang hebat.

Fiona memandang Irene dengan renungan marah.

"Dah tu, kau nak apa dekat sini?"

Irene menggigit bibir bawahnya.

"Hmm... nak cakap macam mana ya... kalau saya cakap sehari saya tak dengar madam membebel, saya rasa kosong. Sebab tu lah saya ada dekat sini, madam percaya tak?" Irene berlalu ke arah almari sebelah katil dan menuang air kosong ke dalam gelas.

Fiona berpaling, dia berjalan mendekati katil lalu duduk di atasnya kerana perutnya berasa tidak selesa. Badannya pula sakit-sakit.

"Kau dengan mulut manis ni, ingat aku percaya ke?" balas Fiona dengan wajah tidak puas hati.

Irene yang mendengar ketawa kecil.

"Madam tahu tak, dekat kelas tu kan, tak ada seorang pun buat kerja yang madam pesan. Malah mereka lagi seronok sebab madam tak ada... Bila madam nak masuk kelas?" Irene membawa bekas ubat serta gelas berisi air kosong itu lalu duduk di sebelah Fiona.

"Dasar budak pemalas, pantang kalau bebas sikit..." keluh Fiona.

"Sebab tu madam kena makan ubat ni. Cepat sembuh, kemudian masuk ke kelas. Bagi pengajaran dekat budak-budak pemalas tu..." Irene menyua bekas berisi ubat itu kepada Fiona.

Fiona tunduk memandang ubat dan Irene silih berganti. Irene menanti dengan senyuman. Dengan keluhan jengkel, Fiona mencapai ubat itu sebelum memakan ubat tersebut.

Irene yang melihat tersenyum menang.

"Ini barulah namanya Madam Fiona..." seloroh Irene.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang