Selesai sahaja makan malam, mereka semua duduk lepak di beranda tingkat dua rumah agam seluas beratus hektar itu. Mengambil angin di meja kecil yang diukir khas oleh pereka Itali. Sementara menunggu makanan hadam turun ke perut.
"Terima kasih untuk makan malamnya, sedap..." puji Irene.
"Tak adalah..biasa-biasa saja. Bukan selalu saya masak semuanya diuruskan oleh maid."
Linda mencapai gelas berisi air kosong lalu disisip sedikit. Perhatiannya terarah pada Irene yang sedang bermain dengan hujung rambut.
"Papa kamu dah pulang??"tanya Linda tiba-tiba.
Irene mengangkat kening sebaik mendengar soalan itu. Hairan!
"Dah..baru jer dua hari lepas..."jawab Irene.
"Ya ke..lama dah tak jenguk papa kamu. Last jumpa itu pun masa makan malam charity untuk kanak-kanak autism tahun lepas."jelas Linda.
Irene mengamgguk kepala tanda faham.
"Datanglah rumah, lepas pulang ni kerja dia kurang sikit dekat pejabat. Dia banyak habiskan masa dekat rumah.."maklum Irene sambil mengentel"hujung rambutnya.
"Yalah...bila saya ada masa nanti.."angguk Linda.
Ketika itu Claudia muncul bersama Samuel. Sedang bertekak akan sesuatu sehingga duduk di kerusi yang kosong di meja tersebut.
"Mama tengok Sam ni dia tak nak pulangkan balik cincin Dia..."rengek Claudia yang duduk di sisi Linda.
Samuel berjalan mengelilingi meja itu sebelum berhenti di tempat Irene.
"Mana ada orang ambil, dia yang lupa letak mana suka hati nak tuduh orang..."balas Samuel semasa duduk di sebelah Irene.
Linda menggeleng kepala.
"Kamu berdua ni kan kalau tak bergaduh tak boleh agaknya..."keluh Linda.
Irene yang lihat ketawa kecil. Iri hati melihat mereka yang ada teman untuk bergaduh. Dia anak tunggal jadi tidak pernah rasa ada abang kakak mahupun adik. Sentiasa bermain sendiri dan lakukan semua perkara dengan sendiri.
"Oi...kau menungkan apa tu..."sergah Samuel perlahan semasa meletakkan tangan di atas bahu Irene.
Irene menoleh ke kanan memandang Samuel. Lalu menggeleng kepala kecil.
"Tak ada apa-apa.."
"Asal aku tengok kau macam dah gemuk?"pipi Irene dicubit Samuel menggunakan jari tangan yang ada di atas bahu Irene.
Kening Irene berkerut. Tangan kirinya memegang tangan Samuel yang sedang mencubit pipinya.
"Aduh sakitlah..kau dah kenapa? Cakap tu cakap jerlah tangan jangan nak berjalan boleh tak?"Irene menyiku rusuk kanan lelaki itu.
"Hahaha..betullah dah gemuk...."cubit Samuel lagi.
"Tak payahlah..aku back hand kau baru tahu!"
"Cubalah..."cabar Samuel sambil mengeratkan pelukannya di sekeliling leher Irene. Tersenyum senang kerana dapat membuli gadis itu.
Sedang Claudia sibuk mengadu dan membebel pada Linda, Linda curi-curi lihat dua orang yang duduk di depannya. Melihat cara Samuel memandang Irene membuatkan nalurinya sebagai seorang ibu terdetik.
"Sakitlah...Samuel. Jangan la!"ketawa Irene yang kegelian dek tangan Samuel yang cuba mahu memegang belakang lehernya. Soft spot dia!
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...