26. Adik Beradik

1.2K 91 0
                                        

Lampu dari bilik bacaan menarik perhatian gadis berpakaian baju tidur yang kebetulan melalui koridor itu dalam perjalanan ke dapur.

Perlahan-lahan, daun pintu yang tidak ditutup rapat itu dikuak ke dalam sebelum matanya terpandang Samuel yang sedang menghadap komputer meja kerja mamanya.

"Kau buat apa tu, Samuel?" tegur Claudia.

Lelaki berkaca mata itu tersentak dan memandang terkejut ke arah Claudia sebelum kembali menatap skrin komputer.

"Asal kau tak tidur lagi?" balas Samuel sambil menggerakkan tetikus ke kanan dan kiri, menekan-nekan itu dan ini.

Claudia mendekati meja kerja itu, berdiri menghadap abangnya dengan kening berkerut.

"Kau curi soalan peperiksaan eh?" tuduh Claudia sambil menyilang tangan ke dada.

Samuel memandang skrin komputer, melihat wajah pelajar bernama Timmy di skrin. Dia meneliti profil pelajar tersebut dengan kening berkerut. Dia melihat alamat serta nombor telefon peribadi pelajar itu dan memeriksa alamat serta nombor tersebut. Namun begitu, alamat itu tidak wujud dan nombor telefon tersebut juga tiada dalam perkhidmatan.

"Wei! Aku tanya kau ni... kau curi soalan exam ke?" ulang Claudia yang bernada jengkel.

Tanpa memandang Claudia, Samuel bersuara.

"Bisinglah kau ni... kalau aku nak curi pun bukannya boleh. Mama ada password dia sendiri... Dah lah, pergi tidur sana. Memekak jer!" balas Samuel dengan kening berkerut.

Claudia membuat muka menyampah.

"Habis tu, apa kau buat malam-malam ni dekat bilik bacaan mama?" tanya Claudia lagi.

Samuel menjeling tajam, merenung tidak puas hati ke arah Claudia. Berasa jengkel sebab diganggu.

"Yang kau nak sibuk sangat nak tahu ni apahal... ada aku ganggu hidup kau ke?" balas Samuel, abang kepada Claudia yang beza hanya setahun sahaja. "Berambuslah sana... rimas betul," cemberut lelaki itu yang kembali memandang skrin komputer.

Claudia melepaskan dengusan tidak puas hati.

"Aku beritahu mama..." Claudia menurunkan tangan yang disilang ke sisi, tidak berpuas hati dengan sikap abangnya.

Samuel menjeling menyampah.

"Kisah pula aku... beritahu lah kalau kau berani... aku beritahu dia pasal kau selalu pergi kelab malam tu dengan mat rempit tu..." ugut Samuel pula.

Claudia menjegil mata, dia mengepal penumbuk menahan diri dari meninggikan suara di tengah malam itu.

"Kau!" gadis itu mengetap gigi. "Urghh! Benci betul!" gadis itu menghentak kaki kegeraman sebelum berjalan keluar dari situ.

Melihat adiknya pergi sambil menyakitkan hatinya, Samuel menekan ikon 'print' untuk maklumat peribadi itu. Setelah itu, helaian kertas yang keluar dari mesin tersebut diambil. Telefon bimbit yang berada di tepi papan kekunci dicapai. Nama Daniel disentuh pada skrin.

Tidak lama kemudian, nada panggilan kedengaran, suara rakannya itu menyapa.

"Huh... asal?"

"Aku dah hantar gambarnya... kau suruh papa kau tengok-tengokkan gambar tu..." ujar Samuel.

"Huh? Kau betul-betul buat apa yang Irene suruh tu ke?" tanya Daniel dengan suara baru bangun tidur.

"Kau nak lulus ke tidak..." tanya Samuel.

Kedengaran di balik panggilan itu, Daniel melepaskan keluhan mengalah.

"Yalah... yalah... nanti aku suruh ayah aku tengok-tengokkan..." balas Daniel.

Tidak lama selepas itu, panggilan tersebut diputuskan, dan Samuel kembali meneliti profil tersebut dengan kening berkerut, meneliti wajah itu dengan perasaan ingin tahu.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang