77.

1K 78 1
                                    

Berpusing-pusing roda kerusi itu taktala ia di dorong ke depan dengan perlahan oleh si penolaknya. Sementara orang yang duduk di atas kerusi roda itu pulankelihatan kebingungan.

"Kita nak ke mana ni Irene...?"Fiona memandang sekelilingnya dengan bingung.

Irene di belakang tersenyum senang.

"Adalah...madam jangan risau. Saya takkan buat yang bukan-bukan..."

Fiona tunduk memandang ke bawah. Menilik pakaian yang berada di atas badannya.

"Tapi perlu ke kamu hias saya begini..?"Fiona memandang dirinya yang cantik di dandan oleh Irene dan dipakaikan dress labuh putih lengan panjang round neck.

Irene tunduk memandang Fiona, menilik wajah yang memakai toub alat bantuan pernafasan dihidung itu, lantas tersenyum.

"Of course...madam kena nampak cantik...sebab hari ni hari istimewa untuk madam.."

Irene menolak kerusi roda itu keluar dari bangunan hospital. Melalui laluan pejalan kaki sehingga tiba dilaman berumput belakang hospital. Sebelum tiba di destinasi, Irene menghentikan langkahnya. Mengeluarkan sehelai reben putih sebelum tunduk memandang Fiona.

"Maaf madam...saya kena tutup mata madam..untuk pastikan kejutan ni menjadi.."minta Irene sebelum mengikat reben itu sekeliling mata dan kepala Fiona.

"Kejutan apa yang kamu maksudkan ni?".

Irene melilit reben itu sekeliling mata Fiona. Setelah selesai dia meneruskan perjalanannya sehinggalah tiba di sebuah tempat. Dimana satu tirai putih merintang sepanjang laman itu. Terdapat satu laluan karpet merah tepat di depan mereka.

Waktu itu muncul seseorang yang segak mengenakan sut dan bertali leher mendekati Irene. Menyerahkan sebuah ipad kepada Irene.

Irene mencapai ipad itu lalu dipegang. Setelah memastikan semuanya bersedia barulah dia membuka lilitan itu. Fiona silau-silau membuka mata sebelum memandang pemandangan di depan matanya dengan kening terangkat.

"Untuk madam..."ucap Irene perlahan di telinga Fiona sesaat tirai putih itu jatuh.
Satu kumpulan orchestra dengan alat muzik tersusun kemas di hadapannya.

Irene senyum saat memandang mereka semua yang ada dihadapannya. Bangga dengan kerjasama yang mereka berikan untuk jayakan rancangannya. Irene perlahan-lahan menolak kerusi roda itu sepanjang karpet merah.

Gadis itu kemudiannya menghentikan kerusi roda itu di hadapan kumpulan okestra dan koir. Selepas itu dia jalan ke depan, dan berdiri di tengah-tengah antara dua kumpulan besar itu dan menghadap Fiona.

"Puan...saya bagi pihak semua pelajar yang dididik oleh puan sepanjang tahun ini mengucapkan ribuan terima kasih untuk segala ilmu, perhatian, didikan, kasih sayang dan tak lupa juga bebelan puan terhadap kami."ucap Irene dengan kedua-dua tangan di bawa ke depan perut." Mungkin semua ini tidak dapat membalas apa yang telah puan berikan kepada kami, sekurang-kurangnya ia dapat menggembirakan puan buat masa ini. Terima kasih sekali lagi, dan mohon maaf di atas salah silap kami terhadap puan."ucap Irene dengan ikhlas.

Serentak itu Irene memberi tunduk hormat 90 darjah, dan diikuti oleh kesemua mereka yang ada di situ sambil mengucap terima kasih dengan serentak.

"TERIMA KASIH MADAM!"gemuruh suara ucapan itu di laman hospital tersebut.

Fiona membawa tangan menekup mulut, saat air matanya tumpah ke pipi. Dia tunduk memandang ke bawah saat bahunya menggeletar kuat kerana terlalu tersentuh.

Pada masa itulah alunan muzik mulai kedengaran. Bersama alunan muzik kumpulan koir mula menyanyikan lagu dengan harmoni.

Irene memberi ruang kepada Fiona saat persembahan diadakan. Dia berdiri di belakang kerusi roda Fiona. Sedang dia termenung menyaksikan persembahan itu, satu sentuhan hinggap di belakang badannya.

"Hei.."sapa Daniel di sebelah kiri.

"Hai.."balas Irene yang memegang lengan Daniel sekejap.

"Macam mana?Okay tak?"tanya Samuel pula di sebelah kanan.

Irene memalingkan kepala ke arah Samuel sebelum mengangguk kepala. Dia mencengkam lembut bahagian atas lengan kiri Samuel.

"Terima kasih..."ucap Irene dengan mata berkaca.

Samuel tersenyum, dia mengangkat tangan kiri lalu memegang belakang kepala Irene sebelum dibawa ke bahunya.

"It okay..."pujuk Samuel.

Daniel yang lihat mengusap belakang badan Irene, menenangkan gadis itu dari terus menangis.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang