88.

1K 71 0
                                    

Sambil memeluk buku tebal dan beg sandang yang penuh dengan barang, tergesa-gesa kaki itu menuruni tangga apabila dirinya dikejar oleh orang itu dari belakang. Namun secepat mana dia lari, orang itu tetap berjaya menyainginya.

"Irene...tunggu!"panggil Rex di belakang. Dia melompat tiga anak tangga sekali gus apabila melihat Irene sudah tiba di bawah tangga.

Mujurlah gadis itu memakai kasut tumit bolehlah dia kejar. Laluan gadis itu dihadang oleh Rex apabila lelaki itu mendepakan tangan.
Irene berhenti melangkah, dia memandang tidak puas hati ke arah Rex,

"Nak apa lagi.."tanya Irene dengan kening berkerut. Dia menghadapkan badannya ke arah kanan. Tidak mahu memandang Rex.

"Irene...pasal parents aku tu..aku betul-betul tak tahu. Serius. Aku tak tahu yang dia orang nak datang..sebab masa tu mama aku ada dekat Paris dan dia on the way nak balik dijemput papa aku dan dia orang terus singgah ke situ sebab teringatkan kau...."jelas Rex.

Irene berdengus, dia senyum sinis.

"Yalah...awak semua tahunya jawab tak tahu...tak tahu.....Itulah kan pandainya lelaki. Bila ditanya tak tahu. Menyampahlah saya dengar! Sudah berapa kali saya cakap. Saya tak berminat dengan permintaan awak untuk bertunang dengan saya, awak nak saya cakap macam mana lagi?"Irene menghadap Rex.

Kening lelaki itu berkerut.

"Aku dah cakap dengan parents aku untuk batalkan niat tu lepas aku cakap dengan kau hari tu...tapi entah kenapa dia orang tetiba datang rumah kau, serius aku cakap. Aku memang dah cakap untuk batalkan mama aku berkeras sebab dia berkenan dengan kau, aku nak buat macam mana lagi..."bersungguh Rex memberi penjelasan."Aku tak nak kau benci aku terus macam ni Irene." Rex memegang jari jemari Irene.

Irene memandang wajah Rex, lelaki itu kelihatan kusut.

"Itulah...kalau dari awal lagi awak berubah dan tak berperangai seperti lelaki tak guna. Tak adanya saya benci awak macam ni,salah siapa sekarang?"dia menepis tangan Rex darinya.

"Aku tahulah semua salah aku..tapi aku dah berubah kan. Kau tak nampak ke aku dah lebih baik dari sebelum ni..."pujuk Rex dengan wajah terdesaknya.

Irene memandang Rex dari atas sampai bawah. Memang lelaki ni dah berubah, bukan sikap rupa paras dan cara pemakaian pun sudah bertamadun dari sebelum ini seperti samseng jalanan tidak berduit.

"Habis macam mana ni..takkan mereka akan paksa juga saya bertunang dengan awak...kalau semua ni mempengaruhi mama saya....saya akan bencikan awak sampai bila-bila Rex!"ugut Irene.

Rex cepat-cepat menggeleng kepala.

"Please!jangan marah aku lagi. Aku janji aku takkan paksa kau. Tapi izinkan aku dekat dengan kau...uh..."rayu lelaki itu.

Rex memegang kedua-dua tangan Irene, berharap gadis itu menerima penjelasannya.

Kening Irene berkerut, gadis itu menggigit bahagian dalam bawah bibirnya sebelum.merenggus.

"Ahh pergi lantaklah situ...rimas lah..saya tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan awak tahu tak. Hari ni awak cakap macam ni...esok awak cakap lain pula..pening tahu tak. Dahlah tepi..saya nak balik..."tolak Irene yang terus melangkah pergi dari situ.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang