"Dit..dit..dit!!!" bunyi getaran pada telefon bersama alarm kedengaran sewaktu orang itu lena tidur sambil memeluk bantal golek.
Bunyi itu berterusan sehingga ada tangan mencapai telefon tersebut dan mematikan alarm.
Tangan yang menggenggam erat jari-jemari itu bergerak-gerak, cuba membuka mata yang berat akibat tidur lewat dan menangis disebabkan ketakutan sejak kecil.
Perlahan-lahan, Irene membuka mata sebelum melihat wajah di depannya. Gadis itu pejam celik beberapa kali untuk memastikan apa yang dilihatnya bukan mimpi.
"Urm?" Irene memandang tangannya yang sedang menggenggam ibu jari tangan lelaki yang sedang baring mengiring menghadapnya.
Cepat-cepat, dia menarik tangannya dari tangan Xenon sebelum bangun dari baringnya.
"What? Apa yang berlaku?" fikirnya sambil merenggut rambut, cuba mencari ingatan tentang apa yang berlaku malam tadi. Sesaat kemudian, mata gadis itu terbuka luas, dan dia menekup mulut untuk mengelakkan diri dari menjerit.
"Hish.. kau ni.. Irene lupalah tu.. dasar penakut! Tengok.. tak pasal-pasal lelaki ni teman kau tidur." bicara hati Irene, sambil menepuk dahinya beberapa kali.
Xenon yang masih nyenyak itu tidak bergerak. Sehinggalah Irene bergerak hendak turun dari katil. Lelaki itu mengeliat sebelum membuka mata. Lingkaran hitam di bawah mata dan mata yang kemerahan menunjukkan lelaki itu tidak mendapat tidur yang cukup.
Irene terkejut dengan kedudukannya. Dia memandang Xenon dengan mata terbuka luas dan kening terangkat tinggi.
"Pukul berapa?" suara serak bangun tidur lelaki itu kedengaran payah sewaktu Xenon bangun dari baringnya, mengurut-ngurut tengkuk kerana keletihan.
"8..." sebut Irene perlahan, memerhati Xenon yang bersila dengan kepala tunduk ke bawah dan mata terpejam.
"Kelas kau pukul berapa?" tanya lelaki itu yang mengangkat kepala memandang Irene.
"11," jawab Irene dengan pendek kerana berasa kekok dan malu.
"Kejutkan aku pukul 10," pesan Xenon sebelum kembali baring. Dia menarik selimut polka dot putih-pink naik menutupi badan, dan bantal bergambar Hello Kitty dibawa rapat ke kepala.
Irene menelan air liur dengan susah payah.
"Awak tidur pukul berapa malam tadi?" tanya Irene perlahan.
"Tak tahu... kau menangis jer malam tadi... aku tidur lepas kau berhenti menangis..." balas lelaki itu, tenggelam timbul bersama mata terpejam rapat.
"Saya susahkan awak?" tanya Irene lagi.
Xenon tidak bersuara kerana sudah kembali ke dunia mimpinya.
Satu keluhan berat dilepaskan oleh Irene ketika gadis itu bergerak turun dari katil saiz queen. Baru saja dia hendak bergerak, lelaki itu bersuara.
"Kau menangis malam tadi. Jadi aku temankan kau sampai kau berhenti. Jangan rasa bersalah. Sebab itu tujuan aku dekat sini, jagakan kau bagi pihak parents kau..." luah Xenon perlahan.
Irene membuat muka serba salah, dia diam-diam memandang wajah Xenon sebelum perlahan-lahan turun dari katilnya dan menuju ke tingkat bawah untuk membuat kerja rumah, rutin setiap harinya sebagai seorang anak di rumah itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Genç KurguNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...
