Chapter 67 : Balai Polis

1K 89 1
                                        

Pintu masuk balai polis terbuka, detak kasut bergema sepanjang koridor sewaktu wanita yang mengenakan kardigen dan baju malam jalan masuk ke pejabat polis dengan hanya berselipar dalam. Disampingnya ditemani bersama anak lelakinya.

Wanita bersanggul selekeh itu risau melihat sekeliling sebelum terpandang orang yang duduk di kerusi menghadap pegawai polis.

"Dia..."panggil Linda dengan air mata di pipi sebaik memeluk tubuh anak perempuannya yang berkelubung dengan selimut.

Selepas dipeluk, Claudia terus menangis, dia menyembam wajah ke dada Linda. Tangannya naik memeluk belakang badan Linda.

"Apa yang berlaku?"tanya Linda kepada pegawai polis di depannya. Tangannya sibuk mengusap belakang badan Claudia.

"Anak puan hampir di rogol oleh empat lelaki yang duduk di kerusi hujung sana tu. Mujurlah ada yang sedar akan kejadian itu dan menghalang tindakan mereka serta merta...." maklum pegawai polis itu sambil menunjuk jari telunjuk ke arah empat lelaki yang bergari di bangku depan pintu lokap sementara.

Linda mengerling ke arah lelaki yang ada di situ sebelum terpandang seorang dari mereka. Setelah itu dia meleraikan pelukannya untuk memandang wajah anak perempuam bertuahnya.

"Kan mama dah pesan...jangan keluar dengan si Rudy tu tengok sekarang lihat apa yang berlaku!"marah Linda.

Samuel yang sejak tadi berada dekat dengan Linda mengusap bahu mamanya.

"Mama..sudahlah..."ujar Samuel sambil memegang belakang badan Linda. Samuel mengangkat kepala. Memandang polis muda di depannya. "Siapa yang bantu adik perempuan saya tuan?"tanya dia.

Pegawai polis itu menjengah kepala ke satu arah.

"Cik yang ada di sana tu..."tunjuk polis itu ke arah kanan, dimana dua orang pegawai polis sedang berdiri depan satu pasangan.

Samuel mengangkat kepala, dia memalingkan kepala ke kanan ruang tersebut sebelum terpandang lelaki yang berdiri di sebelah gadis yang berlebam tepi mata kanan dan luka di bibir itu. Tidak lama dia pandang, gadis tersebut menoleh memandangnya.

Serta merta kening Samuel terangkat tinggi setelah bertentang mata dengan Irene.

"Mama..maafkan Dia..Dia janji.. Dia akan dengar kata mama..."nangis Claudia teresak-esak.

Linda yang dengar mengangguk kepala, dia memimpin Claudia bangun dari situ sambil memeluk erat badan anaknya.

Saat wanita itu hendak bergerak, dia didatangi seseorang dari arah kanan. Membuatkan dia berhenti melangkah lalu memandang orang di depannya.

"Puan...."senyum Irene kepada wanita itu.

Air muka sedih Claudia bertukar menjadi serba salah apabila Irene bersuara. Terus dia memeluk lengan Linda dengan erat.

"Mama...Irene yang tolong Dia tadi masa Dia hampir kena bawa lari..."maklum Claudia dengan perlahan. Gadis itu tunduk memandang ke bawah, segan hendak berhadapan dengan Irene mengenangkan sikapnya pada Irene.

Air mata Linda tumpah terus ke pipi. Dia perlahan-lahan mendekati Irene lalu memeluk gadis itu seeratnya. Syukur dengan tindakan Irene yang telah menyelamatkan maruah anak serta nama baik keluarganya.

Irene melirik ke arah Samuel dan Claudia saat menepuk belakang badan Linda.

"Jangan risau..semuanya akan okay..."ucap Irene yang cuba menenangkan ibu di depannya ini.

"Terima kasih Irene..."ucap Linda tersedu-sedu.

"Terima kasih tak cukup untuk apa yang saya dah buat ni...puan kena belikan saya kereta, baju mahal..."seloroh Irene yang cuba menaikkan suasana sedih dan tegang itu agar ceria.

Xenon yang berada di belakang Irene hanya mendiamkan diri. Dia memandang ke arah Samuel yang sejak tadi tidak mengalihkan pandangan dari Irene.

5. Mr. RightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang