Seminggu kemudian....
Sebuah kereta hitam terparkir di depan laman rumah sebelum seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. Dan pada masa yang sama pintu rumah terbuka secara tiba-tiba.
"Papa!!"jerit Irene dari depan pintu yang terus meluru ke arah Adam tanpa memakai selipar sebaik sahaja lelaki itu keluar dari kereta. Gadis itu melompat ke arah Adam dan disambut lelaki itu sebelum dipusing beberapa kali.
“
"Hai sayang apa khabar?"tanya Adam sebelum mengucup dahi Irene dengan mata terpejam.Irene ketawa girang saat memeluk tubuh hangat itu.
"Sihat jer...papa ada bawa hadiah tak??"tanya Irene yang tunduk memeriksa beg kertas yang dipegang oleh Adam.
Pada masa itulah suara nyaring marah-marah kedengaran.
"Budak bertuah! Pakai selipar kamu tu suka hati jer keluar tak beralas ingat budak-budak lagi ke!"marah Adriana di depan pintu sambil mencekak pingang.
Irene yang dengar melepaskan pelukan, dia berdiri menjauhkan diri dari Adam.
"Hurgg..membebel jer lah tahunya..."sungut Irene dengan renungan tidak puas hati ke arah Adriana.
Adam yang melihat isterinya tersenyum senang. Irene pula berlari masuk ke dalam rumah dan sempat dipukul punggungnya oleh Adriana sewaktu melintasi wanita tersebut.
“
"Apa khabar?"tanya Adam sebaik mendekati Adriana."Sihat awak?"”Adriana memeluk erat tubuh itu sambil menahan air mata kerana terlalu rindu akan suaminya.
“
"Saya sihat....Budak bertuah tu buat perangai ke masa saya tak ada?"Adriana mencapai bagasi dari tangan Adam dan memimpin lelaki itu masuk ke rumah.
"Biasalah..macam lah awak tak kenal anak awak tu..dalam sehari tak ada yang dia tak buat hal ada sahaja yang dibuatnya..."”adu Adriana.
Adam tersenyum. Sebaik sahaja mereka tiba di depan anak tangga, satu suara menegurnya. Anak muda yang kacak tersenyum ke arahnya.
“
"Dah sampai uncle?"”tegur Xenon semasa menuruni tangga.Adam berpaling lantas berjabat tangan dan memeluk kejap Xenon dengan ramah. “
"Ya...papa kamu dia akan balik dua hari lagi..kamu tahu tentang tu?"
“
"Ha’ah..dia ada maklumkannya pada saya." sedang dua orang itu sibuk berbual dan Adriana menyusun kasut, bunyi bising dari arah dapur mengejutkan mereka.PRANG!!”bunyi sesuatu jatuh ke lantai.
Dengan pantas Adriana berdiri tegak, wanota itu berpaling menandang pintu dapur.
"Irene! Apa kamu buat!Budak ni kan!"”Adriana tersentak lalu bergegas ke arah dapur. Suara marah-marah wanita itu kedengaran tidak lama kemudian. Adam yang dengar tersenyum senang. RIndu dia dengan suasana riuh rendah itu.
"“Pasti kamu sudah biasa kan?"”tanya Adam sambil memegang bahu Xenon.
Xenon menjungkit kening.
"“Macam yang uncle dengarlah.."balas Xenon.
Serentak itu mereka berdua ketawa lalu berlalu ke ruang tamu untuk berbual. Membiarkan dua beranak yang di dapur berperang mulut.
“
"APa nak jadi dengan kamu ni...""Alah mama mangkuk jer pun ada banyak lagi tu dalam almari..."
”
"Mangkuk jer pun!? Kamu tahu tak mangkuk jer pun yang kamu panggil ni adalah hadiah!"Irene membuat muka seperti kesakitan, lalu dia mengorek telinga dengan jari keliingking kerana berasa bingit dengan suara nyaring Adriana.
"Gosh...sakitlah telinga. Orang tak pekak...bolwh jer kan cakap elok-elok.."
Bertengkarlah dua beranak itu pada petang tersebut. Meriuhkan rumah dua tingkat itu seperti biasa.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Fiksi RemajaNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...