"Macam mana kerja dekat sana? Lama lagi ke?" tanya lelaki yang berdiri menghadap sliding door, sebelah tangan berada di poket seluar, sebelah lagi memegang telefon di telinga.
"Dalam proses... bila mereka siap tandatangan perjanjian, papa akan junamkan saham serta merta."
"Papa dengan kawan papa sekali ke?"
"Tak, papa seorang sahaja. Dia tak terlibat. Sebab papa minta dia tolong uruskan syarikat memandangkan kamu ada di sana. Macam mana kerja kamu? Belajar kamu okay?"
"Urm... semuanya okay."
"Dengar cerita hubungan kamu dengan anak gadis mereka semakin baik. Dah ada perkembangan ke?"
Xenon berpaling dari sliding door, dia berjalan mendekati katil lalu duduk di atas katil, merenung ke arah meja kerjanya yang berada tepat di depan katilnya.
"Perkembangan apa yang papa maksudkan?"
"Kalau kamu berkenan, bolehlah papa jodohkan kamu berdua. Lagipun papa dengan kawan papa ni dah lama berkawan. Dah macam adik beradik pun... papa tak bantah kalau kamu mahu..."
Xenon tersenyum, dia tunduk memandang permaidani di bawah kakinya.
"Papa memang dah rancang dari awal, ya? Sebab tu papa hantar Xenon ke sini?" soal Xenon dengan senyuman sinis di bibir.
"Apa maksud kamu?"
"Yalah... papa sengaja bawa Xenon ke sini... suruh Xenon belajar di sini sebab nak rapat dengan anak kawan baik kesayangan papa ni. Dengan itu papa boleh jodohkan kami..."
"Kenapa? Kamu tak suka dengan rancangan ni ke? Atau kamu tak berkenan dengan anak gadis mereka?"
Xenon menggeleng kepala.
"Bukan tak berkenan-" Belum sempat Xenon menghabiskan kata-katanya, papanya menyampuk.
"Hah! Eloklah kalau kamu setuju. Nanti lepas semua urusan di sini selesai, papa akan pulang bersama kawan papa. Kita bincangkan hal ini sama-sama..."
"Ikut papa lah..."
"Yalah... sudah. Papa ada kerja ni..."
"Okay."
Sebaik sahaja panggilan itu diputuskan, telefon itu diletakkan atas katil sebelum dia mendekati meja kerjanya.
Skrin laptop dibuka sebelum kata laluan ditaip. Wallpaper laptop itu kelihatan sebaik sahaja kata laluan berjaya dimasukkan. Wajah seseorang tersenyum sambil memegang berus warna dan pipi comot terpalit dengan cat kelihatan pada skrin tersebut.
Mata itu bergerak atas dan bawah sewaktu jarinya laju menyentuh touch pad.
Meneliti sesuatu pada skrin laptop itu. Menaip sesuatu dengan laju dan ditekan butang ENTER pada papan kekunci. Menghantar sesuatu kepada seseorang.
YOU ARE READING
5. Mr. Right
Novela JuvenilNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...