Dalam keadaan tergesa-gesa, gadis yang tidak sempat mengikat rambut itu keluar dari bilik, menyarung kasut sebelah kaki sementara sebelah lagi berada di tangan.
"Mama!!" panggil Irene sewaktu tunduk memeriksa sesuatu di dalam beg. "Mama... mana pas pelajar Irene? Mama ada nampak tak?" tanya Irene semasa menuruni tangga.
Sebaik sahaja dia tiba di ruang makan, dia melihat mamanya sedang menghidang makanan di atas meja. Bayang papanya tidak kelihatan.
"Ada apa? Pagi-pagi dah terpekik-pekik ni?" Adriana meletakkan gelas panjang di atas meja sebelah pinggan kosong.
"Pas pelajar... Irene tak ingat mana Irene letak." Dia berdiri di belakang kerusi sambil tunduk memandang begnya.
Adriana mengangkat kepala, menjuih dagu ke satu arah.
"Ada tu... dekat atas almari kasut. Kamu lupa nak bawa naik sekali masa letak kunci agaknya..." Adriana berkata sambil memandang ke arah pintu.
Irene yang mendengar melepaskan nafas lega.
"Mana papa? Dari semalam Irene tak nampak bayang dia?" Irene tunduk menyarung kasut di kaki sebelah tangan, sementara sebelah lagi memegang kerusi sebagai sokongan.
"Papa kamu dah outstation sejak semalam lagi, sayang..." Jem strawberi disapu pada permukaan roti bakar oleh Adriana.
Selesai memakai kasut, Irene berdiri tegak. Dia mencapai gelas berisi air kosong lalu diteguk cepat. Roti yang berada di tangan mamanya dicapai, serentak itu dia memberi kucupan di pipi Adriana.
"Okay... love you. Pergi dulu..." pamit Irene tergesa-gesa.
Adriana membuka mulut hendak bersuara sewaktu Irene bergerak pergi.
"Irene... kita ad—" Adriana terdiam apabila melihat bayang Irene telah pun tiada. Lantas, dia menggeleng kepala. "Kemudian sajalah," ujar Adriana sendirian.
Tidak lama selepas pintu depan tertutup, muncul seorang lelaki segak berjalan turun dari tangga dan masuk ke ruang makan sebelum mengambil tempat di kerusi kosong di meja makan.
Adriana mengangkat kepala, memandang lelaki muda di depannya.
"Kamu dah siap? Makan sarapan dulu, nanti aunt hantar kamu ke kolej." Adriana menuangkan jus oren ke dalam gelas kosong.
Gelas berisi jus oren itu dipegang lalu diletak ke tepi pinggan. "Apa yang bising-bising tadi?" tanya lelaki itu yang kemudiannya mencapai roti bakar lalu menggigit sedikit kerak yang rangup itu.
Adriana menarik senyuman nipis.
"Ah... tadi tu... maaflah. Anak aunt tu memang... hanya seorang sahaja yang boleh sibuk di rumah ni sebab dia..." Adriana tersenyum. Dia memandang wajah lelaki segak di depannya. "Aunt tak sempat nak kenalkan Irene kepada kamu... nanti bila ada masa, aunt kenalkan ya... Xenon."
Sambil mengunyah, Xenon menggeleng kepala.
"Tak apa... okay jer. Saya sendiri boleh kenalkan diri dekat dia..." ujar Xenon sambil mengunyah.
"Papa kamu call aunt. Dia pesan pada aunt untuk maklumkan kepada kamu soal urusan pendaftaran di kolej. Dia minta kamu untuk gunakan semuanya yang asal..." ujar Adriana.
Xenon mengerling ke arah Adriana di sisinya.
"Gunakan semuanya yang asal?" ulang Xenon.
Adriana mengangguk kepala dengan kening terangkat sedikit.
"Urm... itu yang dia pesan. Yang selanjutnya, kamu tanya sendiri pada papa kamu..."
Sambil membawa gelas berisi jus oren ke mulut, Xenon mengangguk kepala.
"Okay," balasnya pendek.

ANDA SEDANG MEMBACA
5. Mr. Right
Teen FictionNak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia ke...