Sarah mengeluh penat . Ini sudah masuk kali berapa entah dia mengeluh . Kakinya mengikut ke mana sahaja dua abangnya dan kakak iparnya pergi . Sudah berpuluh butik pengantin mereka masuk , tapi semua tidak mengikut citarasa Hariz . Cerewet betul orang tua ni . Macamlah dia yang nak kahwin .
Sarah mengurut pelipis memandang kedua abangnya memasuki sebuah lagi butik pengantin . Zafriel tersengih sahaja . Dia sengaja melagakan plastik baju ke lengan Sarah . Gadis itu berpaling kemudiannya mencebik .
" perlu ke ajak diorang semua ? " soal Sarah sambil menunjuk ke arah Hariz dan Raykal . Zafriel mengangguk .
" diorang abang-abang kau . kenalah ajak . lagipun abang-abang kau yang uruskan majlis tu nanti " Sarah membuat muka .
" jom " ajak lelaki itu . Mereka berjalan beriringan memasuki ke dalam butik . Zafriel membalas senyuman staff perempuan yang menyambut kedatangan mereka . Sarah di sisi menjeling tajam . Kalau nampak perempuan , murah aje senyuman tu .
Sarah melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia . Matanya memandang baju-baju pengantin yang tergantung di rak . Sarah tersenyum nipis . Kalau mama papa datang ni mesti riuh . Gembira nak tolong pilihkan baju pengantin untuk anak manja mereka .
" adik ! "
Sarah mengangkat wajah . Hariz menunjuk baju pengantin yang dipegang oleh seorang staff . Sarah memandang sesaat sebelum beralih memandang Zafriel yang sudah masuk ke dalam bilik persalinan . Sarah bangun dengan malas . Baju pengantin itu diambil sebelum kaki menapak masuk ke dalam bilik persalinan .
Beberapa minit kemudian , Sarah keluar dengan dress kembang berwarna putih . Kain yang meleret menyukarkan pergerakannya . Zafriel terpegun . Cantik betul , siap ada bling-bling .
" seksi "
" ketat sangat "
" dada nampak " sambung Aisyah .
" maksu cekci " Khairul menunjuk-nunjuk dengan jari tembamnya . Alahai anak buah , comel sungguh . Sarah memeluk tubuh , menutup dadanya yang sedikit terdedah . Menunggu keputusan daripada juri-juri yang tak berbayar itu .
" tukar yang lain " Sarah mengetap bibir . Dia masuk kembali ke dalam bilik persalinan . Bibirnya terkumat-kamit membebel . Sudahlah susah nak jalan !
" punggung tu nampak "
" bahu terdedah "
" maksu ! "
Dan bermacam-macam lagi komen daripada para juri yang menilai bajunya . Itu tidak dikira lagi dengan jeritan Khairul apabila melihat dress yang dipakainya . Bila ditanya Zafriel , hanya ' cantik ' sahaja yang keluar dari mulutnya . Ni kalau aku pakai baju tidur masa akad nanti pun dia cakap cantik .
Sarah menarik nafas sebelum menghembusnya . Dia keluar dari bilik persalinan dengan wajah yang dingin . Pintu dihempas sedikit kuat . Dari tadi , dia ulang alik masuk ke dalam bilik persalinan . Sehingga staff di situ menahan tawa melihat wajah bengangnya . Wajah Hariz dan Raykal dipandang tajam .
" kau suruh tukar lagi . aku bunuh kau " tiada lagi panggilan ' along ' dan ' adik ' . Hariz membuat riak terkejut . Tangan diletakkan di dada seakan takut dengan wajah tegang adiknya . Hariz menilik dress yang tersarung di tubuh Sarah .
" maksu ! antik ! " Khairul menunjukkan thumbs up . Sarah ketawa kecil . Ada-ada aje budak kecil ni .
" okey . pilih yang ni " Sarah menghela nafas lega . Akhirnya ! Selepas selesai , Sarah duduk di kerusi . Tangannya mengesat peluh di dahi dan lehernya . Dia mencuri-curi pandang Zafriel . Tekun betul tengok telefon .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...