Sarah termenung jauh . Mengabaikan bunyi bising di belakangnya . Sarah seperti jauh daripada mereka . Dia sedang berpiknik bersama sahabat-sahabatnya . Saja meluangkan masa bersama . Seharian dia berdiam diri . Tiada keinginan mahu menyertai perbualan mereka . Hanya berada di dalam dunia sendiri .
Sarah memeluk lutut rapat ke dada . Mata redupnya memandang ke hadapan . Memandang burung-burung yang berterbangan . Dagu dilabuhkan ke lutut . Penutup botol susu dutch lady berperisa strawberi dibuka . Susu itu diteguk perlahan .
" maksu ! tengok Khairul jumpa apa ! " sergah Khairul . Sarah memalingkan wajah dan memaniskan muka .
" mana ? maksu nak tengok " perhatian diberikan sepenuhnya kepada anak buahnya . Syukur , Khairul tidak takut kepadanya .
Batu-batu kecil berwarna putih diletakkan di telapak tangan Sarah . Khairul menyapu tangannya yang dipenuhi pasir . Khairul menunggu reaksi daripada maksunya . Sarah mengangkat wajahnya . Pipi tembam Khairul dicubit geram . Geram aku budak ni . Nak bawak lari .
" cantik " Khairul tersenyum riang .
" maksu nangis ? " soal Khairul sambil menyentuh permukaan wajahnya . Mungkin dia tengok muka Sarah nampak sembab .
Sarah senyum sahaja . Budak-budak takkan faham . Lagi satu , Khairul terlalu muda untuk mengetahui segalanya . Sarah sengaja melihat batu-ba itu kecil di telapak tangannya . Khairul mencebik . Kenapa maksu tak jawab soalan dia ?
" kenapa paksu buat maksu ? paksu jahat ! Khairul tak suka paksu ! " panggilan terhadap Zafriel ditukar kerana papanya yang suruh . Kalau tak , sampai ke besar ' uncle ' dipanggilnya .
" hey , tak baik cakap macam tu . walau jahat macam mana pun paksu . dia tetap paksu Khairul " kedua belah bahu Khairul dipegang .
" tapi paksu buat maksu sedih , Khairul tak suka " Khairul bersuara perlahan . Dia tunduk bermain dengan jari-jemari tembamnya .
" paksu pun sedih kalau Khairul cakap macam tu dekat dia . paksu perlukan masa untuk bersendirian . dah , jangan sedih-sedih . Khairul kan lelaki . lelaki mana boleh sedih-sedih " Sarah tersenyum pahit . Dia pun perlukan masa untuk menenangkan dirinya .
" Khairul nak teman maksu " Khairul duduk di sebelah Sarah . Dari tadi dia tengok Sarah bersendirian . Jadi Khairul nak teman !
Sarah mengusap kepala Khairul dan tersenyum . Pandai betul anak buah dia . Mata dialihkan ke hadapan , memandang matahari yang ingin tenggelam . Cantik . Tapi lagi seronok kalau Zafriel berada di sisinya .
Sarah rindu abang .
×××
Bulan berganti bulan , kelibat Zafriel terus menghilang . Tiada pesanan ringkas mahupun panggilan daripada Zafriel . Malah mereka sendiri tidak dapat untuk menjejak di mana Zafriel . Ditanya Zarif , lelaki itu sendiri tidak tahu di mana abangnya berada . Banglo Zafriel kosong . Tiada penghuni kecuali Zarif dan kucing-kucingnya .
Hidup Sarah semakin sunyi . Perasaan rindu kembali menggunung . Bukankah suami patut berada di sisi isteri ? Melindungi dan membahagiakan isterinya . Tetapi kenapa Zafriel membawa diri jauh daripadanya . Zafriel tidak sayangkan Sarah ataupun Zafriel betul-betul mahukan perpisahan ? Sarah perlukan jawapan .
Zafriel , nama itu selalu berada di dalam doanya . Berharap lelaki itu kembali kepadanya . Dia rindukan pelukan hangat suaminya . Tatapan cinta dan ciuman penuh kasih . Perangai manja Zafriel . Kali ini dia kalah . Dia tidak boleh menafikan perasaannya . Mulut kata tidak tetapi hati berkata sebaliknya . Dalam situasi ini , mereka berdua sama-sama ego . Ego kerana tidak mahu memaafkan satu sama lain .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...