TOK ! TOK ! TOK !
Urutan pada wajah Zafriel terhenti sebaik sahaja terdengar seseorang mengetuk pintu . Mereka berdua berbalas pandangan sebelum bahu Zafriel ditolak lembut , menyuruh suaminya membuka pintu . Zafriel mengangguk sahaja .
Zafriel berjalan malas ke pintu . Tombol pintu dipulas dan figura Khairul berdiri tegak dipandang . Ni kenapa budak kecik ni datang sini ? Tanpa dipelawa masuk , Khairul menolak sedikit kaki Zafriel dan berlari masuk . Lelaki itu sedikit tergamam . Mata dikecilkan melihat Khairul berusaha untuk memanjat katil .
" tiba-tiba masuk bilik orang kenapa ? "
" sibuk je . Khairul nak berbual dengan maksu " sebut Khairul satu-persatu . Dia sedang practice untuk tidak bercakap pelat . Mama cakap dia dah besar . Tak macho kalau cakap pelat .
Zafriel membuat muka . Aku babap bontot kang . Malas mahu melayan , Zafriel melangkah ke tandas . Nak buang hajat sekejap . Selepas menyedari bayang Zafriel menghilang , barulah Khairul tersenyum . Pergi pun orang tua tu .
" maksu . betul ke papa cakap peyut maksu ada baby ? " jari Khairul mencucuk-cucuk perlahan perut Sarah yang masih kempis .
" ye sayang "
" tapi kenapa peyut maksu tak besar ? " soal Khairul lagi .
" sebab baby kecil lagi . kena tunggu 8-9 bulan baru dia besar " jelas Sarah . Khairul mengangguk faham . Rasa macam nak suruh mama dia ada baby macam maksu .
" abang , tolong ambilkan stokin pink corak bunga dalam almari sekejap " pinta Sarah setelah Zafriel selesai menunaikan hajat .
Tanpa banyak soal , Zafriel mengambil stokin yang dipinta Sarah di dalam almari . Zafriel menayangkan stokin pink bercorak bunga itu . Takut tersalah pilih . Sarah mengangguk kecil . Susu yang tinggal separuh diteguk sehingga habis .
Zafriel melabuhkan punggung di birai katil . Kaki kanan Sarah diambil lalu diletak di atas pehanya . Stokin dicapai seraya menyarungkan ke kaki Sarah . Perkara yang sama diulang pada kaki kiri . Sarah mengigit bibir menahan dari tersenyum . Kenapa abe Zafriel gentle sangat ?
" ni tak nak balik ke ? " tanya Zafriel sebaik sahaja punggung mendarat di permukaan katil .
" takmo . nak tidur dengan maksu malam ni " kata Khairul lantas membaringkan badan di sebelah Sarah .
Zafriel dan Sarah berpandangan sebelum wajah suaminya berubah masam . Sarah ketawa halus . Tangannya dibawa menampar lembut dada bidang Zafriel . Suaminya pula menangkap tangan Sarah dan dikucup lembut .
" boleh kan maksu ? " Khairul mendongak . Sarah cepat-cepat menarik tangannya daripada genggaman Zafriel .
" boleh-boleh " rambut separa panjang Khairul diusap .
Haih anak buah , jangan tidur buas sudah . Maksu tak teragak nak tolak kau dari katil .
×××
Qistina menghalakan pedang katana . Berhadapan dengan Muslihah yang turut memegang pedang . Sarah , Anis , Syazira dan Louis menjadi penonton setia di tepi . Qistina memberi isyarat tangan bahawa dia sudah bersedia .
Muslihah mengangguk kecil . Nafas ditarik dalam sebelum dihembus . Senyuman nipis diukir sebelum dia mara untuk menyerang . Qistina mengangkat sedikit pedang dan menahan pedang Muslihah . Sehinggakan posisi Qistina terbelakang akibat tolakan Muslihah .
Bunyi pedang berlaga menarik perhatian orang yang berjalan di sekitar . Mereka tercegat melihat kebolehan dua perempuan itu . Tapi , mereka tersedar sesuatu dan laju beredar dari tempat itu . Sarah perasan banyak orang yang takut-takut melihat mereka .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...