" dia ada girlfriend baru . new trainee . baru masuk dua minggu lepas "
Kata-kata yang terluncur dari bibir Qistina membuatkan dahi Anis berkerut hebat . Pandangan terus dialihkan memandang satu persatu wajah rakan-rakannya . Sarah mengemam bibir , dari raut wajah Anis . Dia tahu hati gadis itu sedang hancur .
" betul ke ? " tanya Anis tidak percaya . Jantungnya tiba-tiba berdegup pantas . Jari-jemari meramas satu sama lain . Menunggu jawapan daripada Qistina .
Qistina mengangguk berat . Baru sahaja dia ingin mendekati , Anis sudah pergi meninggalkan mereka . Qistina memandang belakang tubuh Anis yang kian menjauh .
" kitorang minta maaf .. "
Anis berhenti di sebuah bangku di kawasan itu . Ruangan yang selalu mereka menghabiskan masa di situ . Anis mengetap bibir kuat . Air mata yang ditahan kian tumpah . Tangannya menekup mulut agar esakannya tidak kedengaran .
aku cintakan kau lah , Muhammad Harithz !
kenapa kau tak sedar lagi ?!
Anis menaikkan kaki ke atas bangku . Dia memeluk kaki dan menyembamkan wajah ke lutut . Sia-sia sahaja dengan apa yang dilakukan untuk menarik perhatian seorang lelaki . Ya dirinya cukup bodoh .
" hey .. " tegur seseorang .
Anis kaku . Kepala tidak diangkat . Dari suara , dia tahu siapa gerangan itu . Zack mendekati gadis itu . Tanpa berfikir panjang , rambut Anis diselitkan ke belakang telinga .
" kenapa ? "
Anis diam tidak membalas . Hanya bunyi sendu sedan sahaja yang kedengaran . Sedaya upaya dia untuk menahan esakannya daripada keluar . Tidak mahu nampak lemah di mata Zack .
" kalau nak share , sharelah . aku ada "
Anis mengeleng tanda tidak mahu . Zack tersenyum nipis . Bahu Anis ditarik lembut dan serta merta tubuh gadis itu masuk ke dalam pelukannya . Anis terkedu . Telinganya menangkap bunyi degupan jantung Zack . Kenapa laju semacam je ni ?
" kalau nak menangis , menangis je " bisik Zack lembut . Anis bersandar di dada Zack . Air mata mula bertakung di kelopak mata . Sebelum tangisan pecah .
Tangannya erat mengemgam baju jersi merah yang tersarung di tubuh Zack . Zack mengusap lembut belakang Anis . Ciuman juga turut dilabuhkan ke ubun-ubun gadis itu . Tanpa sedar , hatinya turut terluka .
" aku cintakan kau , Anis " katanya di dalam hati .
×××
Zack menjenguk sedikit wajah Anis . Kelihatan gadis itu nyenyak tidur di dadanya . Tangan kecilnya masih tidak lepas dari memegang jersinya . Zack tersenyum kecil . Cantik .
Zack berfikir sekejap . Nak letak dekat mana ? takkan nak buang . I mean nak letak dia ni dekat mana . Takkan nak biarkan dia tidur dekat sini sorang-sorang . Kena sorok dengan hantu nanti .
Telefon segera dicapai . Nombor Zafriel dicari . Selepas menjumpainya dia mendail nombor tersebut . Zack menepuk sedikit bahu Anis sementara menunggu lelaki itu mengangkat panggilan .
" hel- "
" awak ! apa ni .. "
Dahi Zack berkerut . Telefon dijauhkan daripada telinga . Minah mana pula ni ? takkan salah nombor kut .
" kenapa ? " kedengaran suara garau Zafriel diselangi bunyi tawa seseorang di belakang . Uish seram hahahaha
" aku pinjam Anis . bawa balik dekat pejabat aku . menangis teruk ni " jelasnya .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Aksiyon[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...