Kereta BMW diparkir di hadapan sebuah hotel lima bintang yang terletak berhadapan dengan pantai . Sarah keluar daripada kereta . Dia menyedut air starbuck yang dibeli semasa dalam perjalanan ke sini . Sarah sedikit bengang dengan alongnya . Dia baru sahaja pulang daripada berlatih terus disuruh oleh Hariz untuk datang ke sini .
Sarah berjalan masuk sambil menyedut minuman . Pekerja di dalam dewan sedang bertungkus-lumus menyiapkan dekorasi pelamin . Meja-meja sudah tersusun bersama dengan kerusi . Yang peliknya kenapa ada lima pelamin ? siapa lagi nak kahwin ?
" psstt ! tengok tu " seorang lelaki mencuit rakannya . Rakannya mengangkat kening .
" apa ? "
" tu ! lawanya " rakan kepada lelaki itu melihat Sarah yang memerhati ruangan dewan . Si rakan menepuk kuat bahu si lelaki .
" kalau nak tempah maut silakan . tu bakal isteri boss lah ! " marah si rakan . Lelaki itu mengusap bahunya . Bukan main kuat rakan dia tepuk . Mereka menyambung kembali kerja yang tergendala .
" along ! " Sarah melambai kecil kepada Hariz . Sarah terkedek-kedek berjalan ke arah Hariz lalu mendakap tubuh Hariz . Terus dilupakan perasaan marah kepada alongnya ahaks .
" datang naik apa ? "
" naik kereta . motor buat hal " jangan risau readers , Sarah ada lesen memandu .
" kenapa ada empat lagi pelamin ? bukan Sarah dengan Zafriel je ke ? " soal Sarah kepada Hariz .
" sebab kitorang pun kahwin jugak ! " sergah keempat rakan-rakannya . Sarah terpinga-pinga seketika .
" ha ? "
" kitorang pun kahwin jugak sekali dengan kau ! " Mereka berempat melompat-lompat . Sehingga menarik perhatian pekerja-pekerja .
" kau biar betul ?! "
" betullah ! " Sarah tersenyum lebar . Mereka berlima berpelukan . Maknanya serentak semua ? kesian Hayden tak ada lagi orang nak .
" sampai hati tak beritahu aku " Sarah membuat nada sedih . Qistina tersenyum melihat gelagat rakannya . Macam-macam Sarah oi .
" kitorang nak buat surprise untuk kau " kata Anis . Sarah tersenyum dan memeluk tubuh rakan-rakannya . Bahagianya dapat naik pelamin sama-sama .
" berpelukan dekat sini pula " celah Hayden dari belakang .
Mereka melepaskan pelukan . Syazira membuat muka . Sudah sampai bala hari ini . Hayden menjeling tajam . Cemburu betul diorang dapat kahwin . Aku ni tak ada orang nak ke ? readers ? .
Sarah meliar mencari kelibat Zafriel . Selepas menjumpainya , Sarah terus mendekati lelaki itu . Tangannya melingkar di lengan Zafriel . Lelaki itu menoleh sebelum tersenyum manis . Senyum pun handsome .
" suka tak ? " soal Zafriel .
" suka . cantik sangat " Sarah menguntum senyuman lebar . Kepalanya dilentokkan ke lengan Zafriel . Jangan cemburu ya readers .
" terima kasih sebab sudi nak kahwin dengan saya " pandangan Zafriel jatuh pada Sarah .
" walaupun awak tahu latar belakang saya macam mana " suara itu perlahan sahaja di telinga Zafriel .
" past is past . aku tak menyesal kenal kau even aku banyak lukakan hati kau . kalau kau nak tahu , kau seorang perempuan yang berjaya tawan hati aku ni . sudahlah cantik , comel , manja . full package ! "
Sarah menampar perlahan bahu Zafriel . Dia tidak bimbang tentang hal itu namun dia bimbang tentang ' dia ' . Dia takut Zafriel meninggalkannya kerana sifat panas barannya tambahan lagi bila ' dia ' mula menguasai tubuhnya .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Acción[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...