' 01

39.6K 1.2K 54
                                    

Seorang gadis memberhentikan langkah saat sebuah bangunan yang berdiri megah menyapa pandangan . Mata berwarna hitam pekat memerhati seketika kawasan luas dan besar itu . Terpapar jelas papan tanda di hadapan pintu utama yang tertulis ' Mafia Academy ' .

Pengawal berpakaian serba hitam yang menjaga kawasan itu cukup membuatkan kedua belah lututnya bergetar apatah lagi melihat riffle di tangan mereka . Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal . Dia membetulkan beg galas berwarna hitam di bahunya . Kepalanya asyik menjenguk isi dalam Academy tersebut .

" what are you doing here ? " satu suara garau muncul daripada belakangnya .

Sarah memusingkan tubuhnya ke belakang . Kenapa mamat ni main sergah macam ni ? Sarah mengukir senyuman kekok kepada seorang lelaki yang menyapanya . Tali beg digenggam erat .

" new trainee ? " angguk .

" cik Sarah ya ? " sekali lagi kepala dianggukkan . Bawah bibir digigit bagi menghilangkan rasa gemuruh .

" ikut saya " ringkas . Lelaki itu berjalan meninggalkan Sarah yang masih terkebil-kebil di tempatnya . Gadis itu tersedar dan pantas mengejar langkah lelaki itu .

" dia dah sampai " ujarnya melalui earpiece yang dipakai .

" suruh dia masuk bilik aku "

Sarah melihat sekeliling . Jejak sahaja kaki di kawasan ini , semua memandang ke arahnya . Sarah menunduk . Tidak selesa apabila menjadi perhatian ramai . Mereka semua memakai baju uniform hitam lengkap . Mesti panas dan mahal . Matanya tertancap pada beberapa orang lelaki dan perempuan sedang berlatih dari cermin lutsinar . Dahinya berkerut melihat darah yang keluar dari mulut seorang lelaki .

Lelaki itu berhenti di hadapan pintu besar berwarna coklat yang terukir cantik . Sarah sempat menganalisis pintu itu dari atas sehingga bawah . Pintu apa ni ? Kenapa cantik sangat ? Hatinya tidak henti memuji ukiran halus pada pintu itu .

" masuk , ketua nak jumpa . goodluck "

Sarah terkaku seketika . Nak jumpa buat apa ? Seluruh badannya mula menggigil perlahan . Jari-jemari meramas antara satu sama lain . Lelaki atau namanya Zack tersenyum lalu meminta diri . Sarah hanya memandang kelibat Zack yang mula menghilang dari pandangan .

Sarah menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan . Tangannya naik menolak pintu dengan perlahan . Kepala dimasukkan sedikit ke dalam untuk melihat isi pejabat itu . Tidak berkelip matanya memandang dekorasi pejabat yang moden itu . Sudahlah cantik , besar pula tu .

Sarah terperasan satu figura lelaki sedang memandang ke luar . Menatap dari cermin kaca yang menampakkan segala di luarnya . Raut wajahnya dingin sahaja . Kedua tangannya pula dimasukkan ke dalam poket seluar . Sarah terjeda . Air liur ditelan payah . Baru sahaja ingin menegur , lelaki itu sudah memusingkan badannya .

Sepasang mata berwarna coklat cerah menikam tajam wajah polos Sarah . Gadis itu merenung memandang wajah kacak lelaki itu . Jadi inilah dia ? Tuan Zafriel . Sarah melemparkan senyuman terpaksa . Satu tangan dibawa ke belakang dan digempal kuat . Ini sahaja cara untuk menghilangkan rasa gementar di dalam dirinya .

Zafriel mula berjalan ke arahnya . Bunyi tapak kasut semakin menghampiri mengubah wajah gadis itu menjadi pucat . Sarah berkerut . Ni kenapa jalan dekat aku ? Zafriel tersenyum sinis . Perempuan .

" Sarah right ? am i wrong ? "

Sarah mengangguk lambat . Dirinya terasa kerdil apabila berdiri di hadapan lelaki yang jauh lebih tinggi darinya . Bibir lelaki itu mengukir senyuman sinis . Dia berjalan mengelilingi tubuh Sarah dan berhenti di belakang gadis itu . Sarah terkaku . Jelas terasa nafas hangat Zafriel di lehernya .

S1 | Mafia Academy ✓Where stories live. Discover now