BANG !
BANG !
BANG !
Bunyi besi peluru jatuh berlaga di lantai kedengaran jelas . Tepat tembakan itu di sasaran . Sarah bergerak untuk mengambil peluru . Hanya dia dah Muslihah sahaja di sini . Yang lain ada di bilik memamah . Sekarang mereka sedang membuat persiapan untuk ke misi terakhir mereka .
" tak nak jenguk diorang ? "
Muslihah mengesat peluh di dahinya . Sarah mengangguk kecil . Disimpan kembali pistol di kabinet . Mereka berdua melangkah pergi dari bilik itu .
Muslihah melihat Anis , Syazira dan Qistina yang sedang memanah . Serius je muka masing-masing . Dia masuk bersama dengan Sarah .
" dah habis menembak ? " soal Rayyan .
Sarah dan Muslihah mengangguk . Mereka lebih suka menembak daripada memanah . Kerana itu mereka berdua handal dalam menembak sasaran .
" jom join " lengan Sarah ditarik Muslihah . Sarah menggulingkan bebola mata . Dia ni kalau bab tarik orang memang nombor satu .
Archery diambil . Sarah bergerak berdiri di sebelah Qistina . Seperti biasa , archery ditegakkan . Ditargetkan kepada bulatan merah . Sebelah mata dipejam .
Kena !
" kenapa aku tak kena ?! " marah Anis tiba-tiba .
" fokus lah betul-betul " kata Qistina . Terkejut juga dia dengan suara kuat gadis itu .
" teringat Zack sebab tu tak kena " sampuk Syazira .
Mereka ketawa berdekah . Anis mencebikkan bibir . Archery dihalakan kepada Syazira yang terduduk di bawah . Suka betul dia sampai merah pendam wajahnya .
" nak aku panah ke apa ? " kata Anis geram . Syazira membuat muka takut dan melepaskan tawa .
" selalu kau yang usik kitorang "
" sekarang kitorang pula usik kau ! " tambah Sarah .
Sekali lagi kedengaran kuat tawa mereka sampai Rayyan ikut ketawa . Zack mengeleng . Bibir tersengih melihat wajah merah Anis . Rasa nak gigit-gigit !
" fine ! "
×××
" mana lagi ? " Rayyan bersuara serius .
Dua kumpulan berdiri tegak di hadapan Zack , Rayyan dan Adam . Syazira dan Qistina sibuk bertepuk-tampar di belakang . Tidak menghiraukan langsung kepada coachnya . Rayyan berdehem kuat . Terus dua gadis itu menghentikan perbuatan mereka .
" cukup ke tak ? "
Qistina mengira bilangan ahli kumpulan mereka dan ahli kumpulan lelaki . Qistina menganggukkan kepala apabila memastikan semua ahli kumpulan berada di sini .
" esok pagi aku nak korang terpacak dekat sini . jangan lambat ! "
Setiap penjelasan Rayyan , Zack dan Adam dihadam baik oleh mereka . Perasaan takut mula mencengkam apabila Rayyan memberitahu tentang kumpulan yang bakal mereka tempuhi .
Misi terakhir adalah untuk menguji trainee-trainee . Mereka akan dibawa ke suatu tempat dan akan berlawan dengan kumpulan mafia sebenar . Qistina , Anis , Syazira , Muslihah dan Sarah berpandangan . Syazira tersenyum kecil lalu menganggukkan kepala .
" faham ? "
" faham ! "
Zack memberi isyarat mata . Mereka mengangguk dan mula bergerak . Sarah menghela nafas berat . Tak boleh ke sehari dia rehat sebelum misi ?
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...