ZZUPP !
Mata pisau itu tepat terkena di sasaran . Syazira menarik lagi pisau di meja lalu disasarkan ke bulatan kecil berwarna merah . Peluh di dahi dikesat menggunakan lengan . Mata mengerling Sarah yang asyik tersengih-sengih sambil jari menari-nari di atas skrin telefon . Chat Zafriel lah tu .
" kau tak ada kerja ke ? " soal Syazira .
" ada " sepatah sahaja yang keluar dari mulut perempuan itu . Syazira memutarkan bebola mata . Syazira malas mahu melayan , dia kembali meneruskan aktivitinya .
Sarah bangkit , iphone diletakkan di atas meja . Rambut yang diikat ekor kuda diketatkan . Kaki mengatur langkah ke pushing bag yang tergantung . Buku lima digempal . Buk ! pushing bag itu ditumbuk kuat .
" masih tak ada berita pasal Sandra ? " Sarah memulakan perbualan .
" tak ada . susah betul nak detect lokasi perempuan tu . dia pandai hilangkan jejak " ujar Syazira . Matanya memandang rakannya yang rancak menumbuk pushing bag .
Buk ! Buk ! Buk ! bergema bunyi tumbukan Sarah pada pushing bag . Sarah menghela nafas panjang . Sudah sekian lama dia tidak menjejakkan kaki di sini atas kesibukannya sebagai seorang isteri .
" pipi kau dah okey ? " bibir yang jelas terkoyak dipandangnya . Sarah menggelengkan kepala . Lidahnya menjilat kawasan luka itu .
Bunyi tumit kasut mengalihkan perhatian mereka berdua . Kepala dipusingkan ke belakang . Statik bibir Sarah ternaik . Tawa sinis spontan bergema di gym itu . Syazira memandang pelik rakannya . Dah gila ke minah ni tiba-tiba ketawa ?
" welcome .. " Sarah menunduk sedikit seakan menjemput kedatangan perempuan itu .
" ada apa tuan puteri datang ke sini setelah lama menyepi ? " kata Sarah berbaur sindiran . Syazira menolak bahu rakannya itu . Tak pernah nak serius minah ni !
Sandra memeluk tubuh . Pandangan tajam dilontarkan kepada wajah selamba Sarah . Perempuan itu seakan tenang membalas pandangan mata yang terselindung dengan contact lens . Sarah menjuih bibir . Dasar fake !
" buat apa kau datang ? tak puas lagi hancurkan majlis kitorang ? "
" i nak culik korang ! " jerit Sandra tiba-tiba . Sarah dan Syazira berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berdua melepaskan tawa .
" kau dengar tak apa yang dia cakap ? dia nak culik kita ! " Sarah terduduk di bawah sambil memegang perutnya .
Namun tawa mereka berhenti apabila mendengar bunyi pistol diangkat . Sarah dan Syazira berpandangan . Sarah mengigit bibir lantas memandang dua orang lelaki mengacukan pistol ke arah mereka .
oh tidak ..
×××
Sarah mengerang kesakitan . Darah membuak-buak keluar dari peha kanannya . Masih tertanam pisau di isi dagingnya . Sarah menumbuk-numbuk lantai . Diorang dah larikan Syazira ! tak guna kau Sandra ! Tubuh perlahan-lahan mengesot ke lantai . Tangan dipanjangkan mengambil iphone di atas meja .
Jarinya terketar-ketar mahu mendail nombor Zafriel . Sarah bersandar lemah di sofa saat menunggu panggilannya dijawab . Sarah berdecit apabila hanya keluar voicemail . Sarah terus menerus mendail nombor Zafriel . Nafas dihela panjang bersama erangan kesakitan .
" a-abang , angkatlah "
Sarah hampir menangis kerana asyik keluar suara minah orang putih bukan suara suaminya . Sarah menarik nafas . Jarinya menekan lagi nombor Zafriel . Kalau tak angkat lantak kau lah ! Sarah menunggu dengan sabar . Tangannya mengesat darah di sisi kepalanya .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...