' 51

7.8K 451 5
                                    

Sarah mencicit keluar dari rumah . Di pelukannya Bella dipeluk kemas . Dan yes , dia berlari laju ke halaman rumah . Pengawal berjaga di luar memandang aneh isteri ketuanya . Tak lama kemudian , Zafriel pula keluar dari rumah dengan senyuman di bibir . Isteri dia ni memang nak kena .

" sayang ! bagi balik Bella abang ! "

" tak nak ! "

Mata Sarah mencari tempat sesuai untuknya bersembunyi . Belum sempat dia bersembunyi , Zafriel tercungap-cungap di belakang . Sarah mengigit bawah bibir . Kenapa suami dia laju sangat . Oh dear , you forgot your husband is a mafia .

" cepat . bagi Bella abang "

Sarah menggeleng laju . Zafriel bercekak pinggang . Iris coklatnya mengikut anak mata isterinya . Sarah mengigit bibir . Kalau nak dibandingkan dia dengan Zafriel , suaminya lebih laju dan pantas .

Sarah mengangkat kaki . Siap sedia mahu melarikan diri . Pegangan Bella dikemaskan takut kucing itu terjatuh . Mereka berdua mafia . Masing-masing kuat dan gagah .

Sarah berlari sekuat hati . Berharap agar dirinya terlepas daripada Zafriel . Namun sangkaannya meleset apabila Zafriel berjaya menangkap pinggangnya . Terlepas Bella dari pegangannya . Kucing itu berlari menjauhi dua manusia itu . Sarah memucung panjang .

" gotcha .. "

Sarah sengaja melembikkan badannya . Zafriel tersenyum bangga . Pelukan di pinggang Sarah dikuatkan lagi . Dada Zafriel ditumbuk geram . Zafriel menghamburkan tawa . Hidung Sarah ditarik kuat . Tergapai-gapai perempuan itu mahu dilepaskan .

" sakitlah abang " Sarah menggosok hidungnya yang jelas kemerahan . Lantas Zafriel mengucup lama hidung isterinya .

Sarah terkedip-kedip sebelum menyentuh puncak hidungnya . Kedua belah pipinya berubah menjadi kemerahan . Sarah menyembunyikan seluruh wajahnya ke dada Zafriel . Tolong .. aku malu .

" sayang abang blushing " belakang Sarah diusap lembut .

Sedang mereka berpelukan di tengah-tengah halaman rumah , kereta Mercedes Benz berwarna biru memasuki perkarangan rumah . Sarah pantas melarikan wajah dari dada Zafriel . Mata ditajamkan ingin mengecam wajah seorang lelaki dan seorang perempuan yang baru sahaja keluar daripada perut kereta .

Sarah merengus tidak puas hati dengan kehadiran lelaki dan perempuan itu . Mereka berdua menayangkan senyuman ke arah pasangan sejoli itu . Sarah mengalihkan pandangan ke tepi . Lelaki itu berjabat tangan dengan Zafriel . Si perempuan pula tersenyum nipis melihat wajah tegang Sarah .

" hai Rose Vander " sapa lelaki itu . Berdesing telinganya mendengar nama itu dipanggil . Sarah mengetap bibir . Cuba menahan amarah daripada meletus . Huluran tangan lelaki itu dipandang sepi .

Zafriel mencuit pinggang isterinya . Tidak menyukai cara isterinya itu melayan tetamu . Menyedari hal itu , Sarah senyum paksa lalu menolak huluran lelaki itu . Suka hati je nak salam isteri orang . Aku tibai baru tahu ha .

" aku ada something nak berbincang dengan isteri kau "

Sarah dan Zafriel berkerut . Mereka berdua berpandangan sesama sendiri .

" dan kalau kau tak kisah , aku nak pinjam isteri kau sekejap "

Sarah memandang Zafriel lama . Suaminya tersenyum sebelum mengangguk . Ciuman dilabuhkan ke sisi kepala Sarah .

" hati-hati " bisik Zafriel .

×××

Selepas mendapat kebenaran dari Zafriel , mereka bertiga melangkah ke gazebo . Sarah mengerling perempuan yang duduk menyilang kaki . Pandangan kembali tertumpu kepada lelaki ini . Apa tujuan lelaki ini datang ?

S1 | Mafia Academy ✓Where stories live. Discover now