Beberapa keping gambar di atas meja dipandang satu persatu . Sepi . Rose menongkat pipi . Mata coklat terangnya beralih memandang tiga orang lelaki yang asyik menunduk . Rose melakar senyuman sinis . Sekeping gambar diambil . Seorang perempuan dan lelaki sedang berpelukan di atas katil .
" Sarah , aku pasti kau akan terkejut dengan apa yang aku dapat " getusnya di dalam hati . Kira beruntung Sarah dan dia bertukar tempat .
" diorang ada dekat mana sekarang ? " gambar tadi dilempar semula . Rose bersandar malas pada kerusi . Pandangan dilemparkan ke arah lain . Sakit mata pula tengok gambar tu lama-lama .
" banglo Zafriel " Rose mengganguk . Tangan dibawa mengurut perlahan belakangnya . Dia perlukan rehat tetapi disebabkan dia mendapat panggilan daripada anak buahnya terus dilupakan sekejap kesakitannya . Dia keluar pun tanpa pengetahuan Hariz dan Raykal .
" erm , belakang boss dah okey ? " Syafiq bertanya . Daiyan dan Qafeel memandang rakannya . Berani betul .
" belum . that shit hurt so bad " adu Rose . Syafiq , Daiyan dan Qafeel tersenyum . Mood Rose malam ni baik . Kalau tak , salah sikit dah kena marah .
" kalau tak ada apa-apa kitorang pergi dulu . bye boss ! " mereka menunduk hormat dan berlari keluar . Rose malas mahu melayan kerenah anak buahnya . Botol air mineral diteguk perlahan . Dia kembali menatap gambar-gambar tersebut .
" menyusahkan betul kau ni " Rose berdecit halus . Bunyi deringan telefon mengalihkan perhatian . Nama si pemanggil dibaca dahulu sebelum mengangkatnya .
" adik pergi mana ? " suara Hariz kedengaran risau .
" Rose .. " nama itu ditekankan sedikit .
" balik sekarang , along risau " tidak kisah siapa yang bercakap . Asalkan adiknya balik .
" okey " Rose menurut sahaja .
Panggilan dimatikan . Rose bangun , mahu meninggalkan tempat itu . Disarungkan jaket kulit pada tubuh kecilnya . Perlahan-lahan perempuan itu keluar daripada bilik . Beberapa orang lelaki yang sedang melepak di luar terus bangun dan menunduk hormat . Pergerakan boss mereka menjadi perhatian . Kesian pula tengok .
" hati-hati boss ! "
Tangan dibuat bentuk ' okey ' dan diangkat ke awangan . Rose mengesat peluh yang membasahi dahinya . Kunci motorbike dikeluarkan dari poket seluar . Rose membetulkan rambutnya sebelum menyarungkan helmetnya . Matanya tajam memerhati kawasan itu .
Clear .
Yamaha R6 dihidupkan dan memecut laju meninggalkan tempat itu .
×××
" kau dah okey ? "
Mata hitam Muslihah dan mata Rose bertembung . Muslihah tersentak . Cepat-cepat digamit tangan Nazirul . Rose menumpukan semula pada siaran drama pada televisyen . Kedudukan dibetulkan . Berkerut dahinya menahan sakit . Sakit-sakit tak nak rehat .
" mana Sarah ? " tanya Qistina .
" dia penat , bagi dia rehat " ujar Rose tanpa melihat mereka . Cincin perkahwinan yang masih tersemat di jarinya dipandang . Kenapa Sarah masih nak pertahankan perkahwinan ini ?
Bagaimana perasaan perempuan itu jika mengetahui suaminya curang di belakangnya ?
" Zarif dah sedar ? " Mereka berpandangan pelik . Tidak pernah lagi Rose mengambil tahu tentang orang lain .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...