bab ni panjang sikit ya .
" abang nak keluar sekejap "
Mata yang tadinya tertancap pada skrin telefon , dialihkan memandang Zafriel . Bibir automatik tercebik . Lelaki itu mengekek ketawa . Zafriel naik menindih tubuh Sarah . Laju dipeluk tubuh tegap Zafriel . Wajah Sarah sedih sahaja . Tak suka kena tinggal . Pipi Sarah dicium kedua belahnya . Sarah menguis kolar baju Zafriel .
" nak pergi mana ? " soal Sarah .
" ada hal sikit dekat Academy " Sarah memucung panjang . Tak boleh ke kalau luangkan masa dengan dia ? eleh , hari-hari menempel dengan dia .
" abang pergi sekejap je sayang . lepas selesai , abang terus balik okey ? " rambut Sarah diusap . Jenis tak boleh berenggang . 24 jam selalu nak dengan dia .
" janji ? " Sarah mengeluarkan jari kelingkingnya . Nak tak nak , Zafriel pautkan juga . Haih isteri , macamlah abang nak tinggal awak dua tiga hari .
" abang janji "
" cium Sarah dulu " wajah Sarah ditekup lalu dicium seluruh wajah perempuan itu seperti mana yang diminta . Sarah menggeliat geli bila jambang halus Zafriel terkena dengan kulitnya .
" jangan balik lambat . nanti Sarah rindu " Zafriel tergelak dengan ayat isterinya . Kepala dianggukkan sahaja . Alahai isteri . Lelaki itu bangun . Dah tiba masanya untuk dia berangkat pergi .
Sarah mengekori langkah suaminya ke muka pintu . " salam " Sarah menyalam tangan Zafriel lalu dicium . Kakinya terjongket sedikit mahu mengucup pipi Zafriel . Suaminya galak melarikan mukanya dari diciumnya . Sarah merengek . Kaki dihentak tanda protes .
" ye sayang . abang gurau " pinggang Sarah dipeluk . Badan direndahkan bagi memudahkan isterinya mencium pipinya . Sarah memucung . Mucung-mucung cium jugak pipi aku . Makin comel isteri dia . Rasa nak simpan dalam bilik , tak nak bagi dia keluar .
" abang pergi dulu sayang " pelukan dilonggarkan . Dahi Sarah dicium . Zafriel mengambil kasut Nike di rak kasut lalu disarungkan ke kaki . Zafriel melambai-lambai kecil . Sarah membalas lambaian itu dengan wajah yang sebek .
" bye sayang ! i love you muah ! " jerit Zafriel . Sarah senyum . I love you too . Pintu Lamborghini Aventador dibuka dan figura lelaki itu masuk ke dalam . Zafriel tersengih-sengih melihat Sarah dari dalam kereta .
Nampaknya rancangan dia nak beri kejutan dekat Sarah berhasil . Maafkan abang , abang terpaksa tipu sayang .
Lamborghini Zafriel memecut laju pergi meninggalkan perkarangan rumah . Sarah menempel di pintu . Rasa rindu pula dekat suami dia . Mengada-ngada . Baru je beberapa minit , Zafriel tinggalkan kau . Sarah menutup pintu . Kaki longlai menuju ke sofa . Jam di dinding dipandang . Dah pukul 5 petang .
Sarah merenung lantai sambil memucung . Sunyi je rumah . Selalunya petang-petang macam ni , mereka main kejar-kejar dekat halaman rumah . Sweet kan ? Aku tahu ramai yang jealous . Sarah mengusap perutnya . Rasa lapar pulak . Sarah bangun . Melangkah ke dapur .
Dia nak masak meggi . Ada siapa-siapa nak ?
×××
Jam di dinding dan skrin telefon dipandang bersilih ganti . Zafriel tak balik lagi . Sudah ditelefon tetapi hanya keluar voicemail . Ditanya juga sahabat-sahabatnya , semua tidak mengetahui keberadaan Zafriel . Sarah resah . Sungguh selera makannya hilang . Dia hanya menjamah sedikit sahaja nasi ketika makan malam .
Abang tipu . Abang pergi mana ? Abang cakap sekejap tapi sekarang dah malam . Abang nak tinggalkan Sarah lagi ?
Sekejap sahaja masa berlalu . Tidak sedar sudah pukul 10 malam . Sarah offkan televisyen . Dia kena cari Zafriel . Sarah mengatur langkah ke tingkat atas . Pintu bilik ditolak . Sarah merungkaikan ikatan rambutnya . Baju t-shirt berwarna hitam diambil dari almari baju . Disarungkan ke tubuh kecilnya .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...