' 08

13.5K 791 40
                                    

Pistol dihulurkan ke gadis-gadis itu . Dahi mereka berkerut . Wajah Zack dipandang dengan riak pelik . Kenapa bagi pistol ni ? " kenapa bagi ? nak suruh kitorang bunuh kau ke ? " tanya Anis lurus . Terus pistol itu diacukan ke arah Zack . " bodohnya . ambil simpan " kata Zack ringkas .

" tapi unt- "

" tak payah tanya " laju Zack memintas kata-katanya . Mereka menyelitkan pistol di pinggang . Bibir mereka tersenyum sinis . Teruja kerana berpeluang mendapat senjata . Rancangan jahat sudah terlintas di fikiran mereka ." kalau nak suruh bunuh kau . cakap tau . cau ! " kata Anis seraya berjalan pergi ." sumpah bawak bala minah tu . dah bersurai " 

Syazira , Muslihah dan Qistina sudah mengangkat kaki untuk melangkah pergi . Zack perasan akan raut wajah Sarah . Ada sesuatu di dalam diri Sarah yang Zack sendiri tak tahu . ' Dia ' menakutkan dan mengerunkan . Boleh memusnahkan sesiapa pun . Sarah berpaling ke belakang . Syazira dan yang lain sudah jauh darinya . Dia mengatur langkah mengikuti rakannya . Bila semua para gadis sudah keluar , Zack meraup wajahnya .

" kau perasan dia ? " soal Rayyan kepada Zack .

Zack lantas mengangguk laju .

" dia lain " ujar Zack .

Zafriel menjongket kening . Apa yang lainnya ? Dia hanya memasang telinga mendengar perbualan dua rakannya . Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket . Acah macho .

" i know .. her side " balas Rayyan .

side ?

ya ..

dia ada satu side yang baginya hanya sesuatu yang biasa . namun , bila dia besar baru dia faham .

that side will control her ..

( betul ke aku tulis ni ? )

×××

Si dia meneguk wine di balkoni markasnya . Anak mata kehijauan itu memerhati kawasan-kawasan di hadapan . Gelas kaca diputar-putar . Kawasan yang sukar dikesan oleh sesiapa sekalipun . Bayangan seorang gadis menerjah fikirannya . Bibir itu menguntum senyuman sinis . Wine diteguk lagi . Dia leka dalam dunianya sendiri .

" tak sabar nak buat kau terseksa " katanya . Sudah lama dia mencari gadis itu . Menyesal kerana tidak membunuh gadis itu semasa dia membunuh keluarganya . Sekarang , dia sudah tahu di mana gadis itu . Hanya tunggu masa sahaja untuk menyerang sekaligus membunuh gadis itu .

Kenapa dia berbuat begini ?

Kerana dendam kepada papa si gadis . Wanita idamannya dijadikan tebusan dan dibunuh di hadapan matanya . Semasa itu , dia bersumpah yang akan membunuh keturunan lelaki tua itu . Dan sekarang , tinggal si gadis sahaja . Dia ingat budak itu sudah mati . Entah kenapa lambat sangat nak mampus . Mata itu sudah menjadi layu . Si dia ketawa perlahan .

" aku akan buat kau merana " .

×××

Sarah dalam perjalanan untuk menuju ke ruang lepak yang selalu dikunjungi mereka . Malang tidak berbau , tubuhnya jatuh akibat terlanggar seseorang . Sarah mengosok dahinya . Tiang besi ke apa ? " aduh ! tak ada mata ke ?! " marah Sarah . " eh kau lah yang tak ada mata ! " jerit Nazirul . Sarah bangun dari duduknya . Punggung ditepuk-tepuk ingin menghilangkan habuk . Pandangan tajam dilontarkan kepada Nazirul . Memang cari pasal betul mamat ni .

" Muslihah mana ? " Sarah terjongket kening apabila nama kawannya disebut . Dia memaparkan senyuman nakal .

" kau suka Muslihah ke ? "

S1 | Mafia Academy ✓Where stories live. Discover now