Sarah berkerut mendengar bunyi loceng yang bingit diselangi dengan ketukan pintu . Siapalah yang berani kacau beta beradu ni ? Dengan langkah yang malas , Sarah menarik telekungnya untuk memudahkan dia berjalan sebelum pergi ke pintu bilik .
" kenapa ? "
" Ya Allah adik ! kenapa tak bersiap lagi ni ?! majlis start pukul 11 nanti ! " jerit Hariz di hadapan mukanya .
" majlis apa ? " Sarah menggosok matanya .
" adik sedar tak adik kahwin hari ni ? " Hariz sudah bercekak pinggang . Kenapa tiba-tiba budak ni hilang ingatan ?
" ha- shit ! kenapa along tak cakap ?! " Sarah menutup pintu . Matanya mengerling jam . Dah pukul 9 ! Ni mesti kes tertidur selepas subuh .
Sarah mundar-mandir di hadapan pintu . Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang . Alahai masa ni lah dia nak berdegup . Sarah menarik nafas dalam sebelum menghembusnya . Jangan panik Sarah ! Telekung dibuang dari tubuh . Sarah mengambil tuala yang tersangkut lalu masuk ke tandas .
" dia tu yang tidur lambat " bebel Hariz sambil berjalan pergi .
Sarah turun ke bawah . Kaki diajukan ke dapur . Kelihatan abang-abangnya dan kakak iparnya sedang bersarapan . Sarah duduk di sebelah Raykal . Dia tersengih sehingga menampakkan baris giginya .
" cepat sikit . nanti nak gerak dah " Sarah mengangguk . Raykal menyondol bahu adiknya ketika perasan akan getaran halus di tangan Sarah .
" ish . jangan kacaulah ! " Sarah memukul bahu Raykal . Sikit lagi pinggan ni nak jatuh .
Selepas selesai bersarapan dan mengambil apa yang patut , mereka meluncur laju ke hotel . Sarah tergesa-gesa keluar daripada kereta . Dia berlari kecil sambil mengepit baju pengantin yang dibalut dengan plastik .
" aku terlajak tidur ! " belum sempat Hayden menanyakan soalan , gadis itu sudah menjawab . Seperti tahu akan soalan yang bakal keluar dari mulut rakan-rakannya . Dia berdesup berlari ke bilik persalinan .
" ha sampai pun " kata Muslihah setelah Sarah masuk ke dalam bilik . Dia sudah siap di makeup .
" kau tahu ? Zafriel macam orang gila bila kau tak sampai lagi " Sarah tidak menjawab . Tak ada masa nak jawab soalan-soalan tu !
" terlajak tidur lah tu " celah Qistina yang sedang menutup mata .
" takkan tak kenal dia macam mana " Anis pula bersuara . Sarah kalau tidur , tidur mati ! Orang kejut buat tak tahu aje . Mereka berempat ketawa termasuklah perempuan yang menyolek mereka .
" aku dengar ! " laung Sarah .
×××
Sarah melihat pantulan dirinya . Shawl berwarna putih tersarung cantik di atas kepalanya . Terbit satu perasaan di dalam hatinya . Sudah lama dia tidak bertudung . Kedengaran riuh-rendah di luar bilik persalinan . Sarah meramas jari jemarinya .
" mama , papa .. " Sarah bersuara kecil . Bibir digigit kuat . Mata itu mula berkaca-kaca .
" adik dah nak kahwin " Sarah tersenyum mengenangkan kedua ibubapanya . Setiap hari nama mama papa , kakak dan adiknya sentiasa diselit di dalam doanya .
" a..adik minta maaf sekali lagi sebab tak selamatkan mama papa " air matanya dikesat berhati-hati . Tidak mahu merosakkan makeupnya .
" adik , jom . semua dah sampai "
" baik " Sarah bangkit . Dia memusingkan badannya . Hariz tersenyum melihat adiknya .
" cantik adik along ni " Hariz menggosok kepala Sarah yang berbalut tudung . Sarah tersengih suka apabila dipuji sebegitu . Kembang hidung .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...