special chapter [ 1 ]

7.9K 394 17
                                    

4 tahun kemudian ,

Kelopak mata yang tertutup perlahan-lahan terbuka . Kepala diangkat sedikit , memandang bidadarinya yang masih nyenyak tidur . Zafriel menenyeh matanya . Jam di night stand dikerling . Dah pukul 8.30 pagi . Tangan Zafriel menyelinap masuk ke dalam selimut . Baju tidur Sarah diselak . Kandungan berusia 9 bulan itu diusap .

Tendangan kecil membuatkan hujung bibirnya ternaik . Aktif betul anak-anak dia . Ya , Sarah mengandung kembar . Sepasang . Lelaki dan perempuan . Cepat masa berlalu , kehidupan mereka semakin bahagia . Walaupun kadang-kadang ada pertengkaran kecil . Alah gaduh-gaduh manja gitu . Biasalah . Perut Sarah besar sangat . Macam nak meletup .

" erm .. " tubuh Sarah bergerak-gerak . Tangan ibu mengandung itu turut turun mengusap perut . Sarah melepaskan keluhan . Dia rasa nak duduk atas katil je 24 jam .

" abang " Sarah memanggil perlahan . Tangan Zafriel di perutnya ditepuk lembut .

" kenapa sayang ? " Zafriel bangun . Mana tahu Sarah memerlukan sesuatu . Sejak mengandung kembar , isterinya hanya terbaring tidak berbuat apa-apa . Dengan perutnya yang besar amat menyukarkan Sarah untuk bergerak ke sana dan ke sini .

" saja panggil hihi " balas Sarah tanpa melihat suaminya . Zafriel tak marah pun sebab dia tahu Sarah memang tak boleh nak pusing badan dia . Kalau dia pusing pun , hanya setengah badan sahaja . Zafriel menjeling manja .

Melihat Sarah ingin bangun , cepat Zafriel menolongnya . Bantal kepala diletakkan di belakang Sarah . Berat betul . Sarah pun tak tahu berapa berat dia . Malas aku timbang , takut rosak penimbang . Sarah tersenyum . Suami kita gentle lah suka tolong kita hihi .

" good morning anak-anak papa " baju Sarah ditarik ke atas . Menampakkan penuh perut besarnya yang di bawah perutnya terdapat stretch mark . Zafriel mencium perut Sarah berulang kali .

Kelihatan beberapa tendangan kecil di permukaan perut Sarah . Suka betul sepak mama dalam sana ya . Perut Sarah bergerak-gerak . Anak-anak dia bergaduh ke dekat dalam ? Zafriel turut pelik . Perut Sarah ditepuk perlahan . Terus diam . Ni siapa buli siapa ni ? Macam-macam ragam anak-anak dia .

Korang bergaduh siap , papa rotan dua-dua .

" good morning busuk abang " bibir Sarah dicium . Isterinya menjeling tajam . Ada dipanggilnya busuk . Aku wangi tau . Merajuk kang .

" jom mandi sayang " Sarah mengangguk sahaja . Suka tukar topik . Zafriel bangun , melangkah ke gantungan untuk mengambil tualanya dan tuala Sarah . Disangkut ke bahu . Sempat dia menggeliat kecil .

Sarah mengesot perlahan-lahan ke tepi katil . Mata memandang Zafriel yang tersenyum ke arahnya . Sampai sahaja di depannya , Zafriel meletakkan tangan di pinggang Sarah manakala Sarah memaut pada bahu Zafriel . Sarah rasa dia tengah bawa beban pula dekat badan dia . Nak bangun pun tak larat .

" cepat tayang abang " Sarah membuat muka . Mengada . Sarah bangkit dengan bantuan Zafriel . Perempuan itu melepaskan keluhan lega .

Zafriel risau dengan keadaan Sarah yang berbadan dua . Lagi-lagi dengan tubuh Sarah yang pendek dan kecil . Kaki Sarah sering bengkak-bengkak . Memang kemana-mana sahaja isterinya pergi , pasti dia akan mengikut . Bukan apa , Sarah pun tak boleh nak berdiri lama-lama . Zafriel tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada anak dan isterinya .

×××

Pasangan itu berjalan ke ruangan dapur . Sampai sahaja , gelak-tawa memenuhi dapur . Siapa lagi kalau bukan Raykal dengan isteri dia . Diana Camellia diberi nama . Nama secantik tuan empunya badan . Manis bertudung . Pandai angah dia pilih . ( Alhamdulillah , Raykal dah kahwin , tak adalah dia membujang sampai ke tua )

S1 | Mafia Academy ✓Where stories live. Discover now