Mata memandang langit yang berwarna oren . Tanda-tanda petang mula melabuhkan tirainya . Sarah asyik termenung di luar . Menatap matahari yang berura-ura mahu terbenam . Air matanya tidak berhenti mengalir walaupun dikesat .
" mama "
" papa "
" kakak "
" Amsyar "
Nama keluarganya disebut satu persatu . Setiap nama yang terluncur membuatkan hatinya sakit , sakit merindukan keluarganya . Lengan dibuat alas pipi . Sarah mengeluh . Sudah berpuluh-puluh dia asyik mengeluh .
" adik rindu korang .. "
Mata dipejam rapat , kepala ditundukkan menyembam lengan . Memori bersama keluarganya kembali bermain di kotak fikiran . Sarah tersenyum pahit . Sakitnya merindui orang yang telah tiada . Tanpa sedar , seseorang melihatnya dari jauh . Hati si dia juga sakit melihat air mata itu , seolah-olah dialah penyebabnya . Ingin sekali dia memeluk gadis itu , mengusap lembut rambutnya , menenangkannya tapi dia tak boleh .
" i'm really sorry baby "
" Sarah " Muslihah menerpa keluar . Tangan dibawa mengusap bahu Sarah perlahan . Dia dan yang lain baru sahaja pulang daripada bilik latihan . Terus dia mencari kelibat Sarah . Sarah mengangkat wajah . Senyuman kelat terukir di bibirnya .
" kau okey ke tak ni ? mata kau bengkak gila " kata Muslihah risau .
" Sarah ! " jerit Anis dari dalam . Dia melompat kecil dan menerpa ke arah tubuhnya . Belakang tubuh Sarah dipeluk erat .
" ark ! lemas aku ! "
" nak join ! " jerit Qistina , Muslihah dan Syazira serentak . Sarah membuat muka menyampah . Ya Allah , penyek aku nanti
" jangan sedih-sedih . kitorang ada , kita kan satu keluarga " Sarah tersenyum . Mereka berpelukan erat . Sarah bersyukur kerana memiliki rakan seperti mereka bukan rakan-rakan yang di rumah anak yatim .
" aku sayang korang "
" kitorang lagi sayang kau ! "
Syukur Alhamdulillah .
×××
Zafriel menongkat pipi . Sudah lama Sarah tidak bercakap dengannya mahupun ingin memandang wajahnya . Pasti ada sahaja alasan jika bersilih dengannya . Sayang , rindulah . " eh bro , kenapa nampak macam sedih je ni ? dah macam apa aku tengok " perli Hayden sambil melabuhkan punggung di kerusi .
" diamlah "
Hayden sengih tidak bersalah . Dia memandang kertas kerja yang bertimbun di atas meja lelaki itu . Bersepah gila ni memang tahap tak boleh bawa bincang . " banyak betul kerja kau , selalu bila aku datang clear je meja ni " bukan dia tak kenal lelaki ini . Hantu kerja !
" bisinglah kau . aku tengah serabut ni " balas Zafriel mendatar .
" fikirkan budak kecik tu ? " Zafriel menjeling tajam lelaki kacukan Perancis itu . Elok sahaja dia tersengih seperti kerang busuk . Sengih-sengih aku tumbuk baru tahu .
" hm "
Hayden menyandarkan badan ke kerusi . Tangan menampung pipi . Ketara juga lelaki ni serabut dah macam hilang bini . Zafriel mencebik-cebikkan bibir . Dia meletakkan sisi kepala ke meja . Tingkap yang memperlihatkan dunia luar ditenung . Sayang . " tadi budak tu tembak patung . hancur dah tak serupa patung dah . marah betul dia dekat kau dengan Hariz " jelas Hayden .
Ganas betul . Hampir sahaja dia makan peluru kerana mood gadis itu yang tidak begitu baik hari ini . Habis semua nak dimarahinya . Nasib tak ada yang arwah . Zafriel diam , malas mahu membalas . Hayden memadang luka kecil di sisi bibir Zafriel . Ni mesti hasil amukan Sarah . Garang betul budak kecik tu .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Akční[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...