Zafriel memegang erat tangan Sarah . Dari tadi dia tidak melepaskannya . Dia berjaga manakala isterinya tidur . Zafriel menongkat pipi . Dia nak tidur tapi kalau dia tidur nanti Sarah tiba-tiba nak. muntah macam mana ? ha macam mana ? jawablah .
Zafriel berpaling sedikit , ingin memandang wajah Sarah . Bibirnya terukir senyuman manis . Cantik betul . Gumamnya di dalam hati . Tapi ada sesuatu yang asyik bermain di fikirannya daripada tadi .
Matanya terlorot ke bawah . Takkan Sarah mengandung . Tapi sebelum mereka semua berlepas , Zafriel menanyakan Sarah pernah mabuk sewaktu naik kapal terbang ataupun tidak dan isterinya jawab tak .
Zafriel menyelak sedikit baju yang dipakai Sarah . Tangannya mengelus lembut perut Sarah . Zafriel tidak henti-henti daripada tersenyum . Di dalam fikirannya sudah terbayang , perut ini membesar . Mesti isteri dia comel .
" anak papa ada dalam ni ke ? " bisik Zafriel .
" ermm .. " Mata Sarah yang tertutup kini terbuka . Rasa loya semakin mencucuk-cucuk . Sarah menepuk-nepuk tangan Zafriel di perutnya .
" kenapa sayang ? nak muntah lagi ? " Sarah mengangguk . Zafriel terus mengangkat tubuh Sarah dan berlari laju ke tandas .
Sampai sahaja ke tandas , Sarah memuntahkan segala isi perutnya di sinki . Kenapa jadi macam ni ? kedua tangannya menahan tubuh pada tepi sinki . Zafriel mengusap perlahan belakang Sarah .
" dah ? " Sarah mengangguk lemah . Dia berkumur-kumur untuk menghilangkan rasa loya .
Zafriel menadahkan sedikit air di tangannya lalu dibasahkan pada wajah Sarah . Kesian pula tengok wajah pucat isterinya . Tanpa disuruh , tubuh Sarah diangkat . Sarah merehatkan kepala di bahu suaminya . Tangan kanan memeluk leher Zafriel manakala sebelah lagi dibiarkan jatuh .
" kenapa Riel ? " soal satu suara serak basah . Rayyan . Mungkin dia terjaga kerana terdengar Sarah muntah .
" muntah lagi , bro " tubuh Sarah diletak di sofa . Zafriel menggaru kepala . Mana pula dia letak minyak angin tadi ?
Sarah merengek . Tangan Zafriel ditarik kuat . Dia nak peluk Zafriel .
" kejap sayang . abang nak cari minyak angin ni " mata Zafriel tercari-cari dimana minyak angin itu . Setahunya tadi dia letak atas meja . Lepastu sekarang dah hilang !
Zafriel teringat akan sesuatu . Dia menyeluk poket seluarnya . Ha jumpa ! Sarah semakin menarik tangan Zafriel seperti seorang budak ingin dibelikan sesuatu .
" kejap . abang gigit karang " mata sengaja dibulatkan . Sarah menolak perlahan tangan Zafriel dengan raut wajah yang sedih . Takutlah ..
Sarah diam saat Zafriel menyapu minyak ke perut , dada dan hidungnya . Sedikit seram dengan kata-kata suaminya sebentar tadi . Aku taknak kena gigit . Zafriel memandang sekilas . Penutup botol ditutup kemas .
" dah rehat . abang nak pergi basuh tangan " kepala dianggukkan sahaja . Iris hitamnya melihat belakang Zafriel yang menjauh daripadanya . Sarah menghela nafas panjang .
Tangannya menyentuh perut . Aku pregnant ke ?
×××
Akhirnya setelah beberapa jam penerbangan , mereka selamat sampai ke bumi France . Sarah melihat di luar . Salji-salji putih menutupi sebahagian bangunan . Cantik sangat . Itu sahaja yang keluar dari mulutnya . Setelah menerima arahan daripada pilot , mereka semua turun daripada kapal terbang .
" dah lama tak datang sini " ujar Hayden , gembira . Tangan didepakan ingin merasa tiupan angin . Dah bertahun lamanya dia tidak melawat negara ini . Last dia datang ke sini masa markas mereka di sini diserang .
![](https://img.wattpad.com/cover/245777012-288-k741118.jpg)
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Acción[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...