' 30

9.4K 540 49
                                    

Sarah dan Qistina mula menyerang Zack . Membiarkan Syazira , Anis dan Muslihah menyerang mereka yang lain . Beberapa serangan Zack dielak mudah oleh Sarah . Lelaki itu lebih pantas dari yang dijangkakan . Sarah mula kehilangan tenaga . Zack mengangkat kaki dan menyepak sisi kepala gadis itu . Kepala Sarah berpinar-pinar . Tendangan itu berhasil membuatkan dia terjatuh ke bawah .

Sarah meliar memandang semua . Syazira dan Muslihah sudah terbaring ke atas lantai . Sarah segera bangkit dari duduknya . Dia kembali menyerang .
Qasya bersandar di dinding . Dia baru sahaja dilarang oleh Zafriel untuk tidak masuk campur di dalam perlawanan ini . Sayang betul lelaki itu kepada dirinya . Bibir Qasya ternaik sedikit . Dia hanya menatap kosong perlawanan mereka .

" macam mana ? " soal seseorang melalui earpiece yang dipakainya .

" tengah berlawan . apa plan kau lepas ni ? " Qasya menjawab . Suara sedaya upaya diperlahankan tidak mahu terkantoi oleh mereka .

" soon kita serang . kau standby dengan Rian . apa-apa inform dekat aku "

" argh "

Jeritan Anis mengalih perhatian Sarah . Tubuh gadis itu sudah terbaring lemah dengan penuh kesan lebam dan darah di muka . Tendangan Zack segera ditepis . Serangan itu dibalas dengan tumbukan . Sempat Sarah mengerling Anis . Tubuh Anis disepak-sepak walaupun gadis itu sudah tidak bermaya . Hanya membiarkan tendangan itu ditubuhkannya . Anak mata Sarah mula berubah . Wajah mula bertukar bengis . Giginya diketap kuat . Tumbukan padu dilayangkan ke wajah Zack . Tersungkur lelaki itu ke belakang .

Sarah memandang tajam ke arah Zafriel . Bibir lelaki itu mengukirkan senyuman mengejek kepada Anis yang terbaring lemah . Terus Sarah meluru ke arah Zafriel . Satu tumbukan dihanyunkan ke pipi Zafriel itu. Zafriel memandang Sarah . Tangan naik memegang rahang yang berdenyut-denyut . Air liur yang bercampur darah diludah ke tepi . Riak wajah gadis itu cukup berbeza dan amat menakutkan .

Sarah mengempal penumbuk . Urat hijau mula timbul di tengkuknya . Muslihah berhenti menyerang Rayyan . Nafasnya tercungap-cungap . Darah yang mengalir di bibir dijilat .

" kau nak bagi kawan aku mati ke apa ?! " tengking Sarah kuat . Qasya berlari mendapatkan Zafriel . Wajah lelaki itu dibelek-belek . Dia merenung tajam Sarah . Bila masa sahaja gadis itu akan mengamuk .

" kau kenapa perempuan ?! " Matanya kini beralih memandang Qasya . Bibirnya menguntum senyuman sinis . Wajah Qasya sedikit berubah apabila mata coklat itu menikam ke dalam anak matanya . Air liur ditelan kelat .

" Sarah . jangan buat kerja gila "

BUK !

Qasya terjatuh ke bawah . Matanya memejam rapat . Rahangnya bagai mahu tercabut dengan tumbukan kuat itu . Zafriel mengetap rahang . Kini dia pula yang membalas tumbukan Sarah .
Gadis yang dia lupa selama ini . Sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkannya . Tapi sekarang ? dia sendiri telah memusnah segalanya .
Gadis yang dia lupa selama ni , sanggup

Air mata membasahi pipinya . Dua tumbukan sekaligus ke perut Zafriel . Kepala Zafriel dihentak menggunakan kepala lututnya . Luka tempoh hari kembali berdarah .

" lemah " kata Sarah . Zafriel meringkuk kesakitan . Satu tangan menekup kepalanya dan satu lagi memegang perutnya . Sarah mengesat kasar air mata yang berjujuran . Dia tersenyum puas melihat Qasya dan Zafriel seperti itu . Nafas dihela berat sebelum Sarah terduduk di atas lantai .

S1 | Mafia Academy ✓Where stories live. Discover now