Zafriel menolak kerusi roda yang diduduki Sarah . Sarah mengunyah biskut yang dibeli oleh Zafriel . Matanya memandang orang-orang yang lalu-lalang . Dia melambai kepada nurse-nurse yang terserempak dengannya . Zafriel memandang . Sarah kalau mata dia tak bertukar , lemah lembut macam gadis melayu terakhir . Manja bukan main dengannya . Tapi kalau mata hitam dia bertukar , boleh hancur hospital ni .
" abang , lambat lagi ke ? "
" sekejap , dah nak sampai dah " cakap je lah tak ingat nombor wad dia berapa . Sebenarnya mereka mahu melawat Syazira . Tapi sekarang ni , Zafriel tolak dia dah hampir sekeliling hospital . Aku nak tengok Syazira bukan nak jalan-jalan . Harap aku sayang je mamat handsome ni .
" ha sampai pun " Zafriel menolak sehingga ke depan muka pintu wad bernombor 453 . Sarah terkebil-kebil memandang pintu putih di hadapannya .
Dia mengangkat muka melihat Zafriel . Suaminya membuat isyarat supaya membuka pintu . Sarah menjeling .Tangan kecilnya menolak pintu . Pehal susah sangat nak tolak ? Zafriel tersengih . Dia menongkat pipi sambil memerhati Sarah . Sarah mengemam bibir menahan geram . Kakinya diangkat sebelum menerajang kuat pintu . Zafriel melepaskan tawa . Ya Allah , sayang .
" terbuka pun " Sarah tersenyum suka . Dia menjengulkan kepala . Semua mata sedang memandangnya . Sarah turut memandang mereka . Kenapa ? aku cantik sangat ke ?
Malas mahu melayan . Matanya beralih kepada katil . Sarah terkaku sekejap . Mata Sarah jatuh pada lebam-lebam di badan perempuan itu . Sarah memejam mata . Mengusir sisi gelap yang perlahan-lahan ingin mengawalnya . Zafriel menolak kerusi roda ke sisi katil Syazira . Lelaki itu meninggalkan Sarah dan Syazira . Dia berlalu pergi ke sofa . Melabuhkan punggung di situ .
Wajah lebam Syazira dipandang . Dengan mulut yang ditekup dengan alat bantuan pernafasan . Tangannya menyentuh tangan calar balar perempuan itu . Diusap-usap lembut . Dari atas sampai bawah Sarah memerhati membuatkan mereka berkerut dahi .
Sarah memandang mata yang masih terkatup rapat itu . Bunyi mesin menyapa halwa telinganya . Perit di hati ditahan . Ditepis sisi gelapnya dari menguasai . Perlahan-lahan bibir koyaknya tersenyum kecil . Mata redupnya tidak lepas dari menatap wajah Syazira .
" kau rehatlah Sya . mesti kau penat " ujar Sarah perlahan . Dijatuhkan tangan ke riba .
" get well soon , sis "
×××
Sarah memandang kanak-kanak bermain di sekitar taman . Raut wajah mereka tampak bahagia sekali . Ibu bapa mereka mengawasi mereka daripada jauh . Badan didaratkan pada kerusi roda . Mesti readers tanya mana Zafriel . Dia pergi beli aiskrim . Isteri dia nak aiskrim .
" hai "
Sarah memandang ke bawah . Seorang budak lelaki melambai-lambai ke arahnya . Tubuh budak itu tersarung baju hospital . Sarah membalas lambaian budak itu . Budak lelaki itu bersusah-payah mahu duduk di bangku bersebelahan Sarah . Selepas berjaya duduk , budak itu mengesat peluh di dahi . Sarah ketawa kecil . Comel .
" kenapa akak duduk sorang-sorang ? " tanya budak itu .
" akak tunggu suami akak " pipi tembam budak lelaki itu dicubit .
Kelihatan budak itu terpinga-pinga . Mungkin tak faham dengan perkataan ' suami ' . Tak apalah adik , kau terlalu muda untuk tahu semua benda ni .
" nama adik siapa ? "
" nama saya Qayyum ! " jawab Qayyum riang . Sarah tertawa halus . Hidung Qayyum dicuit . " nama akak ? " jari telunjuk Qayyum menunjuk dirinya . " nama akak , Sarah . panggil je akak Sarah " Qayyum mengangguk laju .
YOU ARE READING
S1 | Mafia Academy ✓
Action[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan p...