' 65

6.3K 381 24
                                    

" Sarah nak makan tu "

" tak boleh ! kotor ! "

" mana ada kotor ! "

Tangan kiri memeluk pinggang Sarah manakala tangan kanan menahan tangan isterinya daripada mengambil timbunan salji di bawah pokok . Sarah merengek kuat . Dia cuma nak rasa salji tu . Nampak sedap dan menyelerakan .

" Sarah nak .. " Sarah bersuara sedih . Matanya sayu memandang timbunan salji itu .

" tak boleh sayang . nanti kita balik Malaysia , abang beli ais kepal okey ? " Sarah menggeleng laju . Dia nak makan tu . Dia tak nak ais kepal . Tolong , aku mengidam ni .

Zafriel menggaru kening . Dia mengetatkan lagi pelukan . Sarah pandai meloloskan diri . Kenapalah mengidam yang pelik-pelik sayang oi . Jenuh abang nak pujuk ni . Sarah merengek lagi . Pelukan Zafriel cuba dirungkaikan .

Di pintu pagar , ada seorang lelaki tercegat seperti patung cendana sambil memandang pasangan itu . Bibirnya tersenyum kecil . Comel pula tengok suami isteri ni . Rasa nak kahwin pula hihi . Tapi calon tak ada .

" assalamualaikum abang ! " tangan diangkat tinggi dan melambai kepada pasangan itu .

Sarah dan Zafriel menoleh .

" Zarif .. "

Pelukan dilonggarkan kemudian berlari anak ke arah seorang lelaki merangkap . Rindu kepada satu-satunya adiknya akhirnya terubat . Jikalau sebelum ini , mereka hanya dapat berhubung melalui Skype .

" yeay ! abang makin hodoh ! " tangan ditepuk membuatkan larian Zafriel terhenti .

" kepala otak kau ! " marah Zafriel . Muka dia handsome nak mampus kot .

" gurau ajelah " Zarif pula yang berlari seraya mendakap erat tubuh tegap abangnya . Rindu betul dekat pakcik hodoh ni .

Lama mereka berkedudukan begitu , barulah pelukan dileraikan . Lepaskan rindu . Zarif memuncungkan bibir seolah meminta untuk dicium . Zafriel mengecilkan mata , memandang tajam wajah hodoh adiknya .

PAK !

" tak senonoh betul perangai "

" aduh ! sakitlah abang ! " adu Zarif lalu tercebik . Kepalanya diusap lembut . Sampai hati pukul kepala Zarif . Nangis kang !

Pandangan Zarif teralih pula pada Sarah . Isteri kepada abangnya . Perempuan itu sedang memasukkan salji ke dalam mulut . Zarif ketawa lucu . Comel pula tengok mulut Sarah yang comot dengan salji .

" bang , bini kau "

Dengar sahaja perkataan isteri , Zafriel memalingkan wajah ke belakang . Membulat besar matanya melihat isterinya . Mulut Zafriel terlopong . Budak ni tak takut sakit perut ke ?

" Ya Allah ! sayang ! " jerit Zafriel . Dia berlari sepantas kilat mendapatkan Sarah yang masih memasukkan salji ke dalam mulut .

" no ! jangan makan ! " tangan Sarah dipegang . Salji di sekitar mulut Sarah disapu . Banyak pula tu dia makan .

" sedap " kata Sarah lalu tersengih .

" dah bangun . jangan makan " Zafriel menggeleng perlahan . Nak marah tak sampai hati . Comel sangat .

" taknak . nak duduk sini " malas nak ikut Zafriel . Lebih baik dia duduk sini , boleh makan lagi .

" no , ikut abang " pergelangan tangan Sarah dirangkul seraya tangan itu ditarik . Sarah mengeraskan badan . Aku nak duduk sini !

" yang , cepatlah " nak tak nak , Zafriel terpaksa mengheret tubuh isterinya . Sarah pula yang seronok dibelakang kerana diheret . Ya Allah .

" fuyoo , siapa ni ? handsomenya " teruja kerana melihat seorang lelaki berumur kira-kira 20-an berdiri di hadapannya .

S1 | Mafia Academy ✓Where stories live. Discover now